Thursday, June 2, 2011

Komoditi perdagangan


Red faces after cash envelopes given out at government linked event
By Lee Wei Lian
May 31, 2011

KUALA LUMPUR, May 31 — Reporters and organisers found themselves in an awkward situation when brown envelopes containing cash were given out at a media briefing for the Northern Corridor here today.

Reporters who attended were surprised when officials representing the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) gave them brown envelopes containing cash during the briefing and were asked to sign for it.

The reporters were not informed as to the purpose of the cash envelopes, one of which contained at least RM50, and later returned the envelopes to an NCIA representative, saying that it was against their company policy to accept cash.

When contacted via e-mail, NCIA chief executive Redza Rafiq told The Malaysian Insider that the cash was surplus from the event budget and was given in lieu of a mid-day meal and to help with reporters’ expenses.

“The token that was provided is part of our budget to cover transportation and lunch costs (lunch was supposed to have been provided, but had to be taken out of the agenda due to several last-minute change — we would really like to apologise for this change),” he said.

“The signing is actually to record the attendance based on the list that we have been given earlier.”

Event organisers do sometimes help with parking expenses, normally by validating the parking ticket, but rarely with travel expenses within the city.

If lunch is not provided, organisers normally ask a company representative to accompany reporters to a nearby restaurant where the official will sign for the bill at the end of the meal.

___________________________________

Justifikasi yang dimantrakan

Petikan persitiwa di atas ialah satu contoh kecil daripada sekian banyaknya contoh di sekeliling kita, bagaimana manusia-manusia di sekeliling kita itu, sering berhujah, mencari hujah, menyelongkar hujah ― dan paling teruk tentunya ― mencipta hujah demi untuk menabsahkan betapa ‘rasionale’nya tindakannya itu.

Bagi sesiapa yang kerap memerhatikan bagaimana Sang Penguasa kelasnya Kutty-Al-Kedahan itu berhujah, mereka tentulah ingat bagaimana pemimpin yang katanya besar itu,  berhujah ala sebab dan akibatnya kenapa sesuatu tindakan itu ‘rasionale!’.

Masih ingatkah tuan dengan rasionalenya mencipta SEPULUH orang jutawan Melayu yang sangat tersohor satu ketika dulu itu?  Antara lain hujahnya ialah supaya segala Melayu yang lemah-dhaif itu memiliki payungnya!

Sungguh luar biasa orang ini.  Betapa luar biasanya pemikiran dan tindakan menyelamatkan Melayunya itu, jika dibandingkan dengan kerja buat seorang Menteri Besar yang saban hari kerjanya mentarbiah, mentarbiah, mentrabiah... itu.

  
ii.

Cerita di atas mengingatkan kita kepada rupa-bentuk teras kepimpinan Pas yang  kerap sekali dicanangkan kepada kita, lebih-lebih dalam suasana pemilihan Pas sekarang ini.  Mesejnya ialah: Apa pun, ulama mestilah di atas.  Penulis veteran dan pejuang kental Pas seperti Pak Subky Latiff juga telah membentangkan hujah-hujahnya melalui kolumnya dalam The Malaysian Insider ― kenapakah Timbalan Presiden itu sewajarnya ulama.

Dalam konteks ini tentulah ramai pejuang dan pendokong Pas, dengan segala upayanya, berusaha menjelaskan kepada khalayak, sesungguhnya dalam batang tubuh parti Islam itu tidak ada yang namanya kelompok ulama dan non-ulama itu.  Itu semua cerita yang direka-reka dan sengaja dilontarkan oleh musuh-musuh parti. 

Namun kita tidak boleh menghalang sesiapa saja berfikir atau pun cenderung untuk berfikir bahawa di kalangan kita sememangnya wujud ulama.  Itu bukanlah isunya. 

Yang menjadi isu ialah bagaimanakah kita menghalang khalayak kita berfikir bahawa sesiapa saja yang bertahun-tahun mengaji di pelbagai pondok di seluruh pelosok dunia, atau sesiapa saja yang pulang dari pelbagai institusi di Timur Tengah dengan pelbagai ijazah gelaran, lalu memperagakan diri sebagai ulama sesungguhnya adalah ulama?

Bukankah sudah ada dari kelompok ulama ini, pada saat-saat tertentu, telah lari mereka ke kem lawan lalu berhujah lantang menentang Pas?  Ke mana perginya tag ‘ulama’ itu?  Jangan lupa orang-orang ini juga telah memasuki pondok, belajar di institusi Islam yang punya nama yang besar dalam dunia Islam, akhirnya berhujah dan bergelumang bersama Umno.

Bagi kita, ‘ulama’ sama seperti hal-hal lain dalam kehidupan sementara ini, boleh diperdagangkan.


iii.

Kepimpinan harus menjangkau ke luar zon hujah, justifikasi ― apatah lagi ‘tag’.  Mereka yang belot atau cenderung untuk membelot pasti memudharatkan perjuangan.  Sejarah telah berkali-kali membuktikan hakikat ini.

Selamat memilih pemimpin. 




No comments: