Tuesday, June 14, 2011

OrangItu memanggil hujan


OrangItu: Tak ada apa-apa yang perlu diBersih2kan.


Seperti biasa OrangItu memekik-memekik semula, kali ini mahu menentang Bersih2.  Ya, katanya menentang protes rakyat mendesak pilihan raya yang bersih itu, habis-habisan. Sehingga ini kita belum mendengar apakah bentuk penentangannya, kecuali habis-habisan.  Oleh sebab itu kita belum pasti apakah usaha penentangan OrangItu bakal menguras segala macam dan semua kategori pundi-pundi bergandul. Setahu kita belum ada yang menghebahkan bahawa Bersih2 akan ditentang  sehingga — ke titisan mani yang terakhir.

Kalau tidak salah, hujah OrangItu yang paling bernas ialah bahawa pilihan raya kita sudah cukup bersih, makanya dan oleh sebab itu tak ada apa yang perlu dibersihkan. Ynag kotor adalah mereka yang bersama-sama Bersih2. 

ii.

OrangItu terus saja sendawa, kentut, berak, tidur dan bangun dan mengampu — seperti biasa.

Hari ini, seperti hari-hari lain, IA perlu cepat-cepat memanggil hujan.


No comments: