Thursday, June 30, 2011

Sang Penguasa - serangilah apa saja

Sumber: The Malaysian Insider


Putrajaya arah stesen swasta ‘kubur’ berita Bersih, mahu publik diberi amaran
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
June 30, 2011

Para penyerta melaungkan slogan ketika perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

...”

________________________________

Apabila Utusan Malaysia menyiarkan sampah sarap yang menyemakkan nurani, saya berhenti membacanya.  Sekarang ini sesekali saya kerling untuk melihat apakah tajuk berita yang digunakan untuk merancuni fikiran rakyat (khususnya orang-orang Melayu). 

Lama dulu saya membaca kolumnya Johan Jaafar dan begitu mengemari bahasanya walaupun menyampah juga dengan hujah-hujahnya untuk mengampu.  Dalam hati terfikir juga betapa bagusnya orang ini menulis. 

Bagi saya secara peribadi, September 1998 telah merubah semua itu.  Rupa-rupanya kata-kata hanya bagus dan mempesonakan dalam pojok-pojok akhbar.  Di dunia nyata,  kata-kata itu adalah bangkai yang begitu membusukkan.


ii.

Sekarang ini sebagai orang yang sudah terlalu tua, ada dua buah stesen radio yang sesekali saya ikuti ― biasanya semasa memandu. Saya gemar ‘merapunya Mat Salleh’ dan tingkah tiga orang penyiar itu (Sinar FM) dan saya juga gemar mengikuti Klasik Nasional dengan pilihan lagu-lagu antik oleh Risham (?).      
  
Namun apabila ada teks/pesanan pendengar yang mengutuk Bersih 2.0, saya juga punya pilihannya...

Najib boleh mengarahkan itu dan ini kepada siapa saja kerana dialah yang paling berkuasa ketika ini.  Namun rakyat juga punya pilihan.  Kalau semua rakyat yang bencikan kezaliman membuat pilihan mereka, Najib janganlah bersedih kerana dia adalah orang yang paling berkuasa.

Selamat menggelapkan itu dan ini dan selamatlah kamu-kamu  ― wahai Sang Penguasa!




No comments: