Wednesday, June 29, 2011

Sesi bicara karya 'Cinta AF' Razali Endun

Membicarakan ‘Cinta AF’nya Razali Endun


Untuk sesi petang ini, saya telah mencoret-coret hal-hal seperti berikut:

Orang kerap berpesan “janganlah sekali-kali menilai buku dengan melihat kulitnya.”  Apa pun wisdoma orang, sesungguhnya penampilan dan pandangan pertama itu biasanya cukup untuk meninggalkan kesan, paling tidak kesan awalnya.  Ertinya manusia ― umumnya terkesan oleh  citra luaran.   Untuk sebuah buku itu adalah kulitnya.

(Sebenarnya kita boleh bercakap panjang dalam sesi khas tentang buku. Tentang buku p (p-book) atau buku e ( e-book). Tentang DBP dan sahabat karibnya Dawama, tentang 'Al-Amin' semasa bersama DBP dan 'Al-Amin' setelah diambilalih oleh sahabat kita PTSnya Puan Ainon.  Tentang kenapa Gerakan Darurat Bahasa itu sebenarnya sudah terlewat!)

“Cinta AF”  itu adalah sebuah karya pop untuk hiburan santai sekali lalu.  Ia karya popular untuk menangkap perhatian anak-anak muda.  Ia mengingatkan kita kepada watak yang namanya Mawi, anak Felda, Negeri Johor itu.

2.

Apakah pemerhatian ini tepat atau meleset tidak ada cara lain melainkan saudara teliti sendiri isi buku ini.  Entah buku yang ke berapa puluh oleh pengarang yang tidak asing lagi kepada khalayak sastera kita.  Saya tidak mahu membaca profilnya yang panjang, saya cuma ingin katakan inilah manusia penulis yang tidak pernah kenal penat lelah dalam hal berkarya.  Syabas dan syukur Alhamdulillah, Razali Endun adalah anggota setia rumah Paksi.

3.

Yang akan membicarakan 'Cinta AF' ini adalah SN Datuk A Samad Said, Pak Samad dan Dr Irwan Abu Bakar, orang kuatnya e-Sastera..    


__________________________

Untuk yang berada sekitar Shah Alam hari ini, silalah datang berama-ramai ke:
Shah Alam Concention Centre, Shah Alam.
Masa: 4 petang
Tarikh: 29 Jun 2011

Sila lawati juga blognya Sdr Razali Endun http://razaliendun.blogspot.com