Sunday, June 5, 2011

TPM: PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam


Dari laman The Malaysian Insider:

Muhyiddin selar PAS korban prinsip Islam kerana politik
TERKINI @ 07:29:47 PM 05-06-2011
Oleh Clara Chooi
June 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Jun  — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.
“Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video,” kata Muhyiddin di sini hari ini.

“Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran,” kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

_______________________________________


Ada beberapa perkara menarik yang boleh kita baca dari berita di atas (kalaulah laporan oleh The Malaysian Insider ini tepat.  Siapa tahu,  tiba-tiba saja berita ini dinafikan ketepatannya@sebagai salah lapor... ).

Marilah kita baca betul-betul, ya baca betul-betul apa yang terkandung dalam berita di atas:  

Harapan Umno kepada Muktamar Pas:


Harapan Pertama: Umno mengharapkan video seks membawa laba kepada Umno

1) Orang besar sebuah negara Islam (Malaysia) ini mengingatkan para pembacanya bahawa Pas itu sebuah parti yang bertunggakkan dan memperjuangkan Islam.  Oleh itu Pas mesti pertahankan Islam.  

2) Seterusnya orang besar Umno ini, berhujah lagi:  Oleh sebab Pas itu sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai tunggak perjuangannya, maka video seks itu mestilah diberikan perhatian oleh Pas. 

Apakah sebabnya Pas mesti memberikan perhatiannya kepada video seks yang menjatuhkan maruah seluruh ummah itu?  Kata orang besar Umno ini ― sebabnya ialah kerana Pas itu sebuah parti yang pejuangkan Islam.

3)  Malangnya reaksi Pas terhadap video itu sangatlah berlainan. 

4)  Maka Orang besar Umno ini telah memutuskan bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangan Islamnya....


ii.

Apakah rupa bentuk pemikiran yang telah dipamerkan oleh orang besar Umno ini?


1) Video seks maha jijik itu adalah sebuah kebenaran yang telah ditolak oleh Pas. 

2) Oleh kerana Pas menolak video itu,  maka Pas telah menolak kebenaran.


iii.

Nah, kita sudahpun sampai kepada buktinya:

Beruk berjalan seperti Ahmad.
Ahmah berjalan seperti Beruk.
Ahmad itu beruk adalah Ahmad.

(QED)


 iv.

Pas dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, sebaik-baiknya menjelaskan kepada para Mak Cik dan Pok Cik di seluruh negara, logik@mantik orang besar Umno ini dalam hal-hal seperti ini.  Dalam konteks ini yang dihujahnya ialah tentang politik dan agama Islam.

Ya, bagaimana agama Islam itu ditafsir dan dibaca oleh orang besar Umno kepada rakyat negara ini.

Sila jelaskan, hujah-hujah orang besar Umno ini ― dengan jelas lagi terang kepada rakyat semua ― lebih-lebih kepada segala Pok Cik dan Mok Cik yang tak membaca kecuali buletin Umno dan tidak menonton melainkan apa saja yang disuap oleh Sang Penguasa. 

Ya,  Sang Penguasa seperti orang besar Umno ini.