Sunday, June 5, 2011

'Tiru macam saya', kata Almarhumah Saloma

Jangan tiru Presiden Perkasa


Di negara kita terdapat pelbagai Ormas, Organisasi Massa yang bergiat dalam pelbagai bidang.  Ada ormas yang diwujudkan kerana ia berminat  dan memperjuangkan kepentingan pengguna.  Maka kita pun melihat ormas-ormas seperti ini bercakap dan memperjuangkan isu-isu kepenggunaan.  Satu ketika dulu,  Fomca cukup lantang dalam isu-isu kenaikan harga barang. Malah tidak ada isu yang melibatkan kepentingan pengguna yang tidak diangkat oleh FOMCA.  Apakah FOMCA telah disusupi atau ia kini dijinakkan?  

Sementara itu,  CAP terus menerus istiqomah memperjuangkan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat.  Bapak SM Idris masih lagi tidak henti-hentinya memperkatakan pelbagai aspek kehidupan kita ini,  dengan penuh semangat sekali.  (Tatkala di Titi Hayun, Yan, Kedah, dia terus bertanya, “Kenapakah bumbung dewan ini direkabentuk begitu tinggi sekali sedangkan ini kaki gunung, cuaca dan hawanya sangat nyaman?  Untuk apa ac yang membazirkan ini?”)         


ii.

Kita juga melihat Ormas yang cukup gemar menmanfaatkan apa saja yang boleh dimanfaatkan, malangnya dengan cara dan kaedah yang songsang.  Segala isu yang diangkat dan dibentangkannya itu jelas tidak seimbang ― berat sebelah. Malah kita selalu melihat ― dengan jelas sekali ― bagaimana para pemimpin ormas ini memilih-milih isu yang mahu ‘diperjuangkan’.

Dalam konteks ini Presidennya Perkasa, sekadar memberikan satu contoh yang jelas, ialah contoh kepala Ormas yang selalu menmanfaatkan segala yang boleh ‘dimanfaatkan’.  Sikapnya yang berat sebelah, kerap kali provokatif pula itu dicemuh hebat oleh pihak lawan.  Oleh sebab sikap yang bersikap-untuk-menyebelahi-sesuatu-pihak itu amat jelas sekali,  maka segala tindakan biasnya terserlah.

Yang paling merugikan dan terkorban ialah segala pandangan ketua Ormas ini, termasuk pandangannya yang mungkin bernas, TIDAK dipedulikan lagi.


iii.

Di samping itu, terdapat juga beberapa institusi awam yang dilihat oleh masyarakat umum sebagai alatnya Sang Penguasa rakus.  Tindak tanduk mereka yang songsang begitu kerap dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat.  Maka SPR, JPN dan SPRM yang dilihat rakyat menjadi alatnya Sang Penguasa,  kerap sekali dikritik keras oleh pihak Oposisi. Mutakhir ini ada yang menggelar UPE, Unit Perancang Ekonomi yang nongkrong di bawah batang hidung Perdana Menteri itu,  sebagai alatnya rampok orang-orang tertentu.


Pernah nonton lakon semula katanya kes bunuh diri itu?

Lakonan semula kematian seorang penjawat awam yang katanya membunuh diri tatkala disiasat kerana rasuah TIDAK dipercayai lagi.  Agenda lakon semula a la Sauk itu hanya menjadi bahan ketawa rakyat yang jelata ― ya, termasuk yang merayap-rayap seperti ular dan biawak.   

Namun Sang Penguasa ini masih JUGA belum sedar:  Rakyat ― termasuk segala yang jelata itu TIDAK lagi percaya.  Mereka masih jua belum faham dan insaf-insaf...


iv.

Dalam fb, bukumuka terdapat juga mereka yang TIDAK pernah insaf-insaf. 

Orang-orang ini, termasuk penulis yang pernah memenangi award sastera yang besar, masih memilih beraksi a la Presidennya Perkasa.

Apakah pilihan kita?

Seperti stesen radio, pendengar ada beberapa pilihan: Hidupkan, matikan atau kita ubah saja ke stesen yang lain.

Apakah yang tuan buat dengan rakan fb yang seperti ini?


v.

Penulis mestilah belajar berkata benar, walaupun kebenciannya kepada Oposisi atau BN itu,  sangatlah menggunung.




1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.