“Hampiri Najib di mana sahaja
Ismail Hashim
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera menyelesaikan isu lapan tuntutan Bersih kerana kebangkitan rakyat akan terus merebak.
Menurutnya, Najib sebagai pemimpin negara semestinya berani menghadapi rakyat dengan cara terbaik dan menunaikan permintaan mereka dengan segera.
“Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar di mana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepadanya,” tegasnya yang lebh mesra dengan panggilan Pak Samad.
Katanya, pimpinan asas Bersih 2.0 berusaha untuk menyampaikan memorandum tuntutan lapan perkara itu secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 9 Julai tetapi dihalang.

...”
____________________________________________________________
Ampang MP's aide decries link to terrorism
Aidila Razak
Jul 28, 11
12:22pm
Jul 28, 11
12:22pm
The political secretary to PKR Ampang MP Zuraida Kamaruddin, Fareez Kamal Intizam, today decried an online campaign by Umno-friendly bloggers to paint him as a terrorist following his arrest at KL Sentral yesterday.
According to Fareez Kamal, the bloggers had gone as far as accusing him of trying to assassinate Prime Minister Najib Abdul Razak at the federal capital's transport hub.
The PKR Youth member and nine others were arrested after they, most of them dressed in yellow, tried to approach Najib to hand over a memorandum on the Bersih 2.0 electoral reform demands.

____________________________________________
Komentar
Beritanya sama tapi dilihat dari sudut yang berbeza sepertimana dalam cerita orang-orang buta ‘melihat’ gajah. Si buta yang memegang ekor gajah akan ‘melihat’ gajah sebagai seutas tali sementara yang memegang telinga pula akan berkata gajah itu seperti kipas.
Di atas adalah petikan pendek dua buah berita. Satunya wawancara Sdr Ismail Hashim (Harakahdaily) dengan SN Pak Samad berhubung betapa perlunya PM kita mendekatkan dirinya dengan rakyat jelata ─ termasuk anak-anak muda kerana PM kita telahpun berjanji dalam slogannya ─ bahawa “Rakyat didahulukan”. Ertinya anak-anak muda yang mahukan pilihan raya yang adil, bebas dan telus juga termasuk dalam kelompok mereka yang perlu didahulukan. Bukankah begitu? Anak-anak muda juga termasuk dalam golongan yang didahulukan?
Sementara satu lagi berita oleh Aidila Razak (Malaysiakini) ialah berhubung reaksi dan susulan ‘serangan’ anak muda AMK terhadap PM di KL Sentral.
Oleh para blogger tertentu ini dilihat sebagai serangan nyata (bukan metafora) terhadap PM. Lihatlah lawak dan jenaka puak para pelawak (upahan?) ini. Sejak bila penyerahan memorandum Bersih 2.0 yang mendesak supaya pilihan raya kita adil, telus dan bebas penipuan itu menjadi serangan teroris?
Pengajarannya:
Sesuatu berita itu mestilah dibaca sepenuhnya dan dengan teliti pula. Dalam dunia yang dikuasai para pemutar alam bayaran ini, seketul tahi ayam pun boleh digambarkan dan diceritakan sebagai satu tanker najis Indah Water yang ditumpahkan di laman rumah.
Setiap kali kita membaca sesuatu berita itu, eloklah kita ingat dan mengambil ikthibar pengalaman tidak lengkap para tunanetra (si buta) yang tidak berjaya melihat gajah secara menyeluruh.
Wahai Anak-Anak Muda Malaysia,
Janganlah kalian sampai tertipu dan ditipu dulu, kini dan selamanya...
No comments:
Post a Comment