Wednesday, July 27, 2011

Wujud untuk menipu?

Sumber: Harakahdaily

SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.
SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Mengikut Harakahdaily lagi,

“Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.
"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.”

_________________________________________________________________


Mula-mula marilah kita teliti, satu dua perkara yang sedikit pelik lagi memelikkan:

Pertama: Bersih yang diharamkan

1.0 Kalau tidak salah ingat, mengikut dikri yang telahpun dikeluarkan oleh Sang Penguasa yang menjaga keamanan negara kita, Bersih itu sebuah pertubuhan haram, sama statusnya dengan Hindraf.

2.0 Hindraf dipimpin oleh rakyat Malaysia keturunan India sementara Bersih 2.0 pula dipimpin oleh seorang wanita India, peguam rakyat Malaysia yang diraikan dengan penuh penghormatan oleh Alma maternya, di United Kingdom (ha..ha..Ini gerenti agennya Yahudi!). 

3.0 Perihal wanita India, pemimpin Bersih 2.0 yang Hindu ini pun telah diangkat dan dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak, mungkin untuk pengetahuan para pengundi Melayu di luar bandar.  Namun setelah semuanya berlalu dengan pelbagai ‘korban’ yang cukup besar, ramai pemerhati berpendapat Bersih 2.0 adalah model SATU Malaysia yang telah diungkapkan ke dunia nyata.

Kami dari Paksi yang bermukim di depan pintu masuk Stadium Merdeka dikelilingi oleh begitu ramai sekali ‘jurufoto-jurufoto’ Cina yang tak henti-henti mahu merakamkan saat-saat manis bersama Pak Samad.  Sementara itu Arumugam (Suaram) pula ditemani seluruh batalion kaum Indianya.

Semasa turun dan berarak untuk PPSMI dulu, lebih ramai Melayu yang kelihatan.  Untuk peristiwa Bersih 2.0 ini, kita semua telah melihat bagaimana semuanya telah berubah!

4.0 Lalu, apakah yang mahu dihujahkan di sini?

Peguam India, rakyat Malaysia ini dan seluruh pasukan Bersih 2.0nya wajar sekali dinobatkan sebagai juara Satu Malaysia oleh Sang Penguasa sedia ada.

Apakah permintaan ini keterlaluan?


Kedua: Apakah pengajaran dari Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai'  ini, khususnya jika kita rujuk telatah azalinya SPR itu.    

Katakanlah Sang Penguasa itu berubah, apakah kita mahu SPR yang sedia ada,  tetap dan terus bertingkah sepertimana SPR yang sedia ada sekarang ini,  berlakon?  Kalaulah sekarang ini, Tuan Besarnya itu Umno/BN,  apakah satu hari kelak, kita rela dan akur melihat SPR itu berTuanBesar Pakatan pula?

Yang menang, besar, kaya dan berkuasa sentiasa saja betul, seperti betul dan hebatnya  kelakuan Umno/BN sekarang ini?  Adakah itu yang kita mahu?

Sejak awal lagi, persoalannya ialah tentang hak rakyat memilih pemerintah mereka.  Ertinya, ini bukanlah soal Pakatan Rakyat membuang Umno/BN ─ tapi ini adalah persoalan rakyat yang bebas memilih Sang Penguasa itu.



No comments: