Saturday, July 2, 2011

Khatib juga terpalit

Sumber: The Malaysian Insider

Khutbah kecam Bersih seret masjid dalam politik, kata penganalisis
July 02, 2011

 KUALA LUMPUR, 2 Julai — Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari. 

Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan. 
______________________________________

Pemerhatian

Apa lagi yang ada dengan Umno? Bukankah itu sisa-sisa nafasnya yang terakhir?

Dan semalam di atas mimbar Jumaat, khatib mereka juga telah menyatakan inilah agenda juara hak asasi manusia, sedang ganas beraksi. 

Di Nilai, saya mendengar khutbah itu dibaca dengan penuh berapi-api oleh khatibnya.  Betapa kasihan kita,  melihat orang-orang agama ini diperalatkan semahu-mahunya dengan begitu sekali. 

Kalaulah saya yang ditugaskan untuk ‘membaca’ khutbah itu, akan saya baca teksnya seperti kereta mainan anak-anak yang hampir-hampir kehabisan bateri ― terhenjut-henjut dan terhinggut-hinggut ― biar kelabakan sekalian makmumnya.

Paling tidak itulah yang dapat dibuat sebagai isyarat sebuah protes.

Sayang sekali, khatibnya juga begitu sekali bernafsu.



No comments: