Mimpi ahli kabinet dapur
+ Tuan,
Benda-benda itu juga diracaunya, Tuan: SERANG!!! HARAM!!!!SERANGGGGG.
- Siapa yang suruh jahit?
+ Cif Cook, Tuan. Ketua Kabinet Dapur.
- Ini kenapa dijahit juga?
+ Lidah kontotnya tak mau masuk balik. Puas kami tolak ke dalam rengkung.
2.
Ada seorang hamba Allah Baharuddin Ahmad dari AU3, Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang terkorban. Dia dikebumikan petang semalam di tanah perkuburan Keramat, 10 Julai 2011 dengan iringan linangan air mata dan penuh kehibaan. Pagi ini, 11 Julai 2011 pedih dan luka dalaman itu bertambah parah apabila kita menonton visual yang telah dimuatkan ke dalam facebook. Sementara itu, Harakahdaily melaporkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian itu. Ada tulang yang patah dan ada laporan perubatan yang belum diperolehi?
Sementara itu Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyatakan sikap (Harakahdaily, 11 Julai 2011):
“PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.
"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. “
"PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. “
3.
Yang paling teruk luka-luka berdarah ini ialah Najib dan kepimpinannnya. Pendarahan dalaman atau internal haemorrhage ini tidak akan berhenti...lagi.
No comments:
Post a Comment