Umno tidak mahu
1.0
Umno TIDAK MAHU melihat 9 Julai 2011 (709) sebagai hari gerakan rakyat yang telah bergabung di bawah Bersih 2.0 itu sebagai satu gerakan massa yang telah bangun untuk menuntut perubahan besar dalam proses pilihan raya kita.
Umno tidak mahu perubahan itu terkandung dalam 8 tuntutan Bersih 2.0 itu dihadam oleh rakyat, lebih-lebih lagi rakyat yang tidak ada media baru (internet, facebook dll.)
2.0
Yang lebih penting Umno TIDAK MAHU rakyat yang tidak ada internet (media baru) mengetahui bahawa Bersih 2.0 adalah tentang rakyat yang TELAH bangun menuntut hak mereka dalam memilih pemerintah yang baik dan bertanggungjawab.
3.0
Sesungguhnya Umno TIDAK MAHU rakyat mengetahui, meneliti dan memahami apatah lagi menghayati kenapa isu-isu pilihan raya yang bebas, adil, telus dan langsung itu adalah satu kemestian.
Maka, Umno mahu menggelapkan 8 tuntutan Bersih 2.0 itu. Malah Umno mahu mengharamjadahkan saja Bersih 2.0 dan segala tuntutan supaya proses pilihan raya kita direformasikan dengna segera.
4.0
Oleh sebab itu, Umno dengan segala kudrat yang dimilikinya tidak mahu Bersih 2.0 berjaya.
Apakah yang telah Umno lakukan dan TIDAK lakukan demi untuk memastikan Bersih 2.0 GAGAL?
Apakah Umno telah berjaya men’penderhara’kan aktivis Bersih 2.0 iaitu pelbagai NGO yang telah bergabung pada 9 Julai 2011 itu?
Umno telah benar-benar terpisah daripada rakyatnya: Umno telah gagal percaya bahawa ada denyut pada nadi nurani rakyat.

No comments:
Post a Comment