Monday, July 25, 2011

TBH dan mens rea



Mens rea TBH: Nazri diminta rujuk kes Altantuya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Julai 25: Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Azizi agar merujuk di mana ‘mens rea’ (motif) pembunuhan Altantuya Shaariibu sebelum mempertikaikan ‘mens rea’ pembunuhan Teoh Beng Hock (TBH)

____________________________


Untuk renungan bersama, sila ikuti petikan di bawah ini:

1.0

Syeikh Abdul Rahman b. Nashir Sa’di Pengajaran Daripada Kisah Nabi Yusuf:  Darul Iman,  Kuala Lumpur: 2000 halaman (48 - 49)

Kedua:

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam kisah ini, bahawa tindakan itu tidak terlepas daripada bukti-bukti yang kuat, dan ia dapat dilihat dari beberapa sudut.  Di antaranya ketika isteri al-Aziz (Zulaikha) membuat kenyataan bahawa Nabi Yusuf a.s.lah yang telah menggodanya, sementara Nabi Yusuf a.s. berkata bahawa Zulaikhalah yang telah menggodanya.  Akhirnya salah seorang ahli keluarga memberikan kesaksian atau mengadili dengan bukti-bukti yang sangat jelas, kerana baju Nabi Yusuf a.s. telah terkoyak ketikan Zulaikha menggoda baginda.

Ahli keluarga itu memutuskan, bahawa jika baju ...”


2.0

Di antara sekian banyak soalan yang masih terus-terusan berlegar dan akan berlegar  sepanjang masa dalam benak kita ialah:  Apa yang telah mendiang TBH buat dengan seluar-seluarnya ─ seluar yang LUAR dan juga seluarnya DALAM itu?

Mahu dipamerkannya?

Lantas, istilah undang-undang mana lagikah yang mau mereka bawa untuk meyakinkan segala manusia buta undang-undang ─ seperti penulis ini?



Percayalah, kami semua sudah terlalu penat.



No comments: