Alfatihah.
Selamat jalan pejuang: Semoga rohmu dilimpahi rahmatNya, sentiasa.
Hari ini, 31 Ogos 2011, kira-kira jam 2.00 petang, dia telah pergi meninggalkan kita, buat selama-lamanya.
Kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan mereka yang dikasihiNya. Amin.
Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara jam 9.30 pagi esok, 1 September 2011.
2.
“BUDAYA BAHASA YANG KACAU
Hassan Ahmad
Sekumpulan empat orang wakil dari Malaysia sedang berbual-bual di luar dewan sidang UNESCO di Paris. Waktu rehat ketika itu. Para wakil sidang dari seluruh dunia sedang menikmati jamuan ringan. Saya berada kira-kira dua atau tiga depa jauhnya daripada kumpulan wakil Malaysia itu, berbual-bual dengan Wakil Tetap Korea Selatan ke UNESCO. Kami berdua berbual-bual dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba duta Korea itu menukar tajuk pebualan. Dia bertanya, dengan suara perlahan, agak berbisik sedikit, “Mengapakah orang dari Malaysia itu berbual-bual sesama sendiri dalam bahasa Inggeris? Mengapakah mereka tidak bercakap dalam bahasa sendiri?” Saya tidak terperanjat. Itu bukan kali pertama dia atau beberapa orang lain menanyakan soalan yang sama.
Dia tertarik untuk menanyakan soalan itu kerana katanya, “Saya selalu memerhatikan orang Malaysia lebih banyak bertutur sesama sendiri dalam bahasa Inggeris, bukan saja di luar sidang, tetapi juga di kafetaria UNESCO, di dalam lif, di majlis jamuan makan.” Dia hairan bukan kerana dia tidak suka kepada bahasa Inggeris, tetapi kerana hal yang sama dianggapnya ganjil kalau dilakukan oleh orang Korea sesama sendiri. Katanya, “Kami sentiasa bercakap sesama sendiri dalam bahasa kami di mana-mana sahaja dan tentang perkara apa saja.”
3.
Kecintaannya terhadap bahasa Melayu, bahasa rasmi negara kita tidak pernah susut. Sehingga ke akhir hayatnya dia masih lagi bergerak aktif memperjuangkan isu bahasa rasmi yang kelihatannya belum-belum juga mahu selesai secara tuntas.
Pada 24 Ogos 2011 Datuk Hassan Ahamd telah mempengerusikan mesyuarat GMP, Gerakan Mansuhkan PPSMI, membincangkan tindakan lanjut terhadap pengumuman TPM berhubung isu bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik yang kelihatannya telah melinglung-linglung semula.
_______________________________________________________________________
Sumber: “Manisfesto BUDAYA – Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa” Disusun dan diedit oleh Asraf, Persatuan Linguistik Malaysia, 1996. Makalah ini terbit dalam majalah Dewan Masyrakat bulan Oktober 1994.
Nota:
Sebenar tadi, jam 8:11 malam, 31Ogos 2011 saya terima pesanan ringkasnya Cikgu Azmi Hamid, PresidenTERAS Keupayaan Melayu, TERAS:
"Moga rohnya berama para solehin. Pemergian 2 (dua) tokoh bahasa (Datuk Hassan, 2 Syawal) dan sasterawan (Azizi, 22 Ramadhan) dan seorang ulamak (Tuan Guru Hj Hashim di Kelantan pada 1 Syawal) dalam tempoh yang singkat adalah tanda Allah mengangkat ilmu dengan cara mengambil para ilmuan ke pangkuanNya. Allah Maha Mengetahui hikmahnya. Entah lepas ini giliran siapa pula..."
Ya, giliran siapa?
"Moga rohnya berama para solehin. Pemergian 2 (dua) tokoh bahasa (Datuk Hassan, 2 Syawal) dan sasterawan (Azizi, 22 Ramadhan) dan seorang ulamak (Tuan Guru Hj Hashim di Kelantan pada 1 Syawal) dalam tempoh yang singkat adalah tanda Allah mengangkat ilmu dengan cara mengambil para ilmuan ke pangkuanNya. Allah Maha Mengetahui hikmahnya. Entah lepas ini giliran siapa pula..."
Ya, giliran siapa?
No comments:
Post a Comment