Dijadikan segalanya tebusan... sandera
Apa pun alasan yang dikemukakan oleh Sang Pemerintah dan segala institusi dikepit di bawah ketiaknya ─ orang ramai sentiasa saja curiga. Malah ramai yang sudahpun menolak mentah-mentah segala alasan yang dikemukakan. Ini termasuklah hujah dan justifikasi skema yang dibawa oleh Sang Penguasa bahawa apa yang dilakukan itu adalah undang-undang yang termaktub dalam batang tubuhnya kerajaan. Orang hanya memandang sepi segala alasan yang dibentangkan.
Ramai yang kecewa, keliru dan tidak senang dengan apa yang telah berlaku dalam batang tubuh Islam di negara kita. Ramai yang bertanya-tanya, “Kenapakah sudah sampai begini?” Yang belum berlaku ialah tentangan terbuka dan gencar bahawa Islam juga sudahpun diperalatkan sedemikian rupa sehingga orang mulai curiga apakah itu benar-benar kehendak agama atau apakah itu adalah nafsu yang sudah tidak dapat dikawal lagi?
Orang ramai yang sudah amat curiga itu bertanya apakah ini wajah Islam yang kuketahui itu? Kenapakah orang-orang Barat berduyun-duyun menghampiri Islam tapi tampangnya Islam di negaraku, begini jadinya. Kenapakah ini sampai terjadi?
2.
Lihatlah contoh di bawah ini:
And here in Malaysia, we still have to be 'vigilant' that our children or our Muslim friends would apostate, despite the millions of money spent and the scores of insitutions who act on the name of Islam!
Yes, we Muslims should think about this.
The second slap is to the administration of zakat, which is an important pillar of Islam and which in Malaysia is handled by each of the state. It is said that millions of ringgit are collected, but we still see many Muslims living in desperate situation. What happened?
Isn't zakah supposed to solve poverty annually? Something is terribly wrong in the way Muslim affairs are handled. Otherwise, how else can we explain our fear that some fellow Muslims are desperate enough to leave their faith?

Sumber: Harakah versi BE “ Christian 'agenda' and the failure of Malaysia's Islamic institutions “
3.
Ya, alangkah baiknya jika pandangan seperti di atas ini direnungi. Misalnya soalan yang dibangkitkan oleh penulis berhubung pengurusan wang zakat kita selama ini. Ya, apakah yang terjadi sehingga masih ramai yang melarat?
Apakah persoalan-persoalan seperti ini tidak penting?
4.
Sebagai perbandingan, sila perhatikan pokok persoalan yang dibawa oleh seorang AP, Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat untuk bercakap tentang kesejahteraan rakyat di Dewan yang paling besar kuasanya di negara kita.
Inilah bentuk ‘percakapan’nya orang ini:
''Sesuatu majlis atas nama program kebajikan wajar dipantau kerana di sebalik program tersebut, ada agenda halus untuk mengabui umat Melayu Islam yang daif melalui pelbagai bantuan.
''Aktiviti seumpama ini sudah lama dijalankan. Walaupun Malaysia ada kebebasan beragama, tetapi sebarang bentuk kegiatan keagamaan oleh agama-agama lain yang melibatkan umat Islam, mesti berhati-hati,'' katanya.
Ibrahim berkata, semua pihak juga digesa tidak menggunakan alasan kebebasan beragama untuk melakukan sesuatu kegiatan melibatkan umat Islam dengan alasan ia program bantuan kemiskinan.”

Sumber seperti yang dilaporkan oleh TT “JANGAN MELENTING ATAS KEPENTINGAN POLITIK - IBRAHIM ALI – meloya”
5.
Islam TIDAK boleh dibenarkan menjadi sandera, tebusan...
Sebut saja Islam, ramai yang akan berdiam diri. Mereka takut kalau-kalau dituduh sebagai orang yang mahu mencederakan agama itu. Tapi sampai BILA kita harus takut dan terus-terusan berdiam diri sedangkan agama terus saja dijadikan tebusan? Ya, sampai bila kita mahu membenarkan para orang yang tenat politiknya dan kewalahan ikhtiarnya menggunakan agama sebagai perisai untuk bertempur?
No comments:
Post a Comment