Kenyataan SAF
20 hb September 2011
20 hb September 2011
FITNAH AKAN TERUS DIBENARKAN UNTUK MEMBUNUH MUSUH POLITIK
Setelah fitnah video Datuk T reda dalam beberapa tempoh waktu, seperti dijangka para pengkomplot tidak akan berhenti untuk meneruskan agenda menebar video fitnah yang baru demi mencapai matlamat akhir mereka iaitu untuk mengaibkan peribadi dan membentuk persepsi kotor terhadap keperibadian seorang musuh politik nombor satu kepada peneraju kuasa negara.
Seperti yang pernah diingatkan, SAF tidak terkejut akan ada lagi kononnya bukti untuk ditonton ramai dengan tujuan agar pembicaraan mahkamah media akan menghukum individu yang disasar , dan prosedur mahkamah biasa tidak akan diperlukan.
Selagi pihak berkuasa yang mempunyai wewenang terus membiarkan hal ini berlaku kerana dilihat menguntungkan politik mereka maka selagi itulah politik fitnah dan membunuh karaktor seseorang dengan cara fitnah akan diberi laluan.
Sehinggalah mungkin satu ketika mereka pula dihadapkan dengan cara yang sama , dan pada masa itu mereka akan bertindak mengguna seluruh saluran undang-undang untuk melindungi diri mereka dari persepsi negatif khalayak awam akibat fitnah.
Soalnya , mereka yang nampaknya mengambil pilihan karier seumur hidup untuk menjatuhkan maruah seseorang dengan cara ini , tidak lagi boleh dipulih lantaran mereka mendapat dokongan dan sokongan dari pihak yang mempunyai kuasa tertinggi dalam negara.
Lantaran itu setelah SAF menyuarakan dan mengesa supaya tuduhan dan fitnah seperti ini dibicara dibawah peruntukan undang-undang qazaf , namun kenyataannya pihak berkuasa agama maseh tidak mahu mengambil tindakan , maka tiadak ada pilihan lagi melainkan penukaran pemerintah sahaja yang dapat menangani isu ini.
SAF amat kesal dengan sikap berdalih dan pihak berkuasa agama maseh mengambil pendirian membisu terhadap gejala fitnah zina seperti yang cuba dilakukan oleh kumpulan Datuk T dan kuncu-kuncu mereka yang didalangi oleh media yang bersekongkol bersama pihak yang meneraju kuasa negara.
Hanya dengan kesedaran dan kefahaman rakyat untuk menyelamatkan negara ini dari golongan fasiq yang terus menerus bermakar untuk mengaibkan musuh mereka sahaja yang boleh menghentikan perbuatan mungkar yang sangat serius ini.
SAF mengesa seluruh rakyat menolak gejala fitnah dan mengaibkan peribadi seseorang dan memastikan gejala ini dibenteras sehingga ke akar umbi dengan membuktikan ketegasan pendirian mereka melalui PRU 13 nanti.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi SAF
No comments:
Post a Comment