Shit alias PukiMak alias PM
“Biar seluruh alam ini membencikannya kerana kebusukannya itu. PM tidak ambil kisah. Kalau seluruh anggota taik barisan ini tiba-tiba membenci kebusukan pun tak mengapa. Kalau anggota taik barisan ini tiba-tiba membuat keputusan untuk keluar sukarela melalui wadah lobang keramat untuk mengapuk pada batang taik Wirawan di luar pun tak mengapa. Seketul kara pun PukiMak akan tegak dengan kebusukannya itu kerana dia adalah Shit alias PukiMak alias PM. Tak ada Shit alias PukiMak alias PM yang lain dalam alam buana ini selain dia sebagai Shit alias PukiMak alias PM.”
Shahnon Ahmad, Shit, Pustaka Reka, Kelantan: 1999, (halaman 116 & 117)
2.
Ada orang yang sangat tidak enak dengan seluruh novel ini. Ooops...mari kita perbetulkan ayatnya: Ada yang begitu benci dengan tajuk novel ini. Kita pernah membaca bagaimana terdapat satu dua orang besar sastera, bertaraf maha guru sastera yang melucutkan kehebatan Shahnon kerana novel ini. Namun keadaan ini telah berubah apabila terjadi perubahan. Semacam pantai dan air bah.
3.
Apakah semua ini berubah? Bagi orang awam seperti saya, ‘Shit’ tidak pernah berubah. Ia tetap segar sebagai nonfiction fiction. Petikan di atas adalah ‘bukti yang sah’.
4.
Dalam tahun 1998, apabila affidavit itu keluar di Malay Mail, ramai yang terkejut. Mungkin juga ada yang pengsan. Ah...keluh mereka ─ Sungguh, betapa bejatnya, kamu Wirawan.
5.
Hari ini di zaman PM baru dalam tong sampah yang lama, lobang itu kembali lagi.
6.
Hari ini anak muda miliknya Lim Guan Eng menjadi mangsa yang terbaru!
Begitulah sialnya legasi pemimpin dan kepimpinan itu.
Budaya pemimpin bejat yang PukiMak yang maha Shit itu!!!
(Ya Allah, kumohon keampunanMU.)
Sesungguhnya, kami amat perlukan perubahan itu.
No comments:
Post a Comment