Monday, November 7, 2011

Mana suaramu penegak keadilan?

Atau mana suaramu, cerdik pandai Melayu?

Sumber:
http://www.malaysia-chronicle.com/index. :speed-bump-for-muhyiddin-power-equation-in-umno-tilts-back-to-najib&Itemid=2

"Put it this way. A leopard doesn't change its spots. Mahathir has been called racist and for sure, he will keep playing this game to pit No.1 against No.2. I see PPSMI as a one-off. Mahathir just doesn't like anyone to dismantle his policies but he will be back to his pro-nationalist, racist stance in other issues very soon." PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"Najib may continue as PM after GE-13 but he will still have to hand over to Muhyiddin because that's the way Mahathir wants it. One term each man, or Mukhriz (his son) may never be able to make it as PM," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle

2.


Rustam A. Sani: Ketemu di Alur Zaman – Himpunan rencana tentang beberapa tokoh masyarakat di Malaysia. Media Icon Sdn. Bhd (Buku Siasah), 2009 dalam rencana bertajuk ‘Wujudkah ‘pasukan impian’ dalam kepimpinan politik Melayu’ halaman 74, Rustam menulis begini:


“Ada pemimpin tertinggi Umno, umpamanya, yang mendapat jawatan tinggi dalam parti itu semata-mata kerana kedudukannya sebagai Menteri atau Menteri Besar.  Sedangkan di belakang-belakang pemimpin itu ditertawakan dan dipersenda kerana “kebijaksanaan” dan “intelek”nya.

Tambahan pula, menyokong seseorang yang berkuasa secara terang-terangan bukanlah sekadar jalan selamat, tetapi malah berkemungkinan pula amat menguntungkan.  Jika kita menyokong pandangan pihak yang tidak berkuasa ─ meskipun yang disokong itu sekadar pemikiran dan gagasannya ─ maka besar kemungkinannya kita akan dipinggirkan.

Oleh yang demikian, dalam sebarang ketika dalam sejarah sosial Melayu, gagasan yang tersebar luas (atau dominant ideas) bukanlah hasil pemikiran yang telah diperdebatkan atau yang telah bercambah secara sosial  ─ tetapi gagasan yang telah dipaksakan oleh seorang pemimpin yang berkuasa kepada masyarakat.

Ambillah sebagai contoh gagasan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu.  Jelas bahawa dasar itu tidak popular di kalangan orang Melayu, namun siapakah yang akan berhujah menentangnya, sedangkan gagasan itu datangnya dari seorang pemimpin yang begitu kukuh kuasanya?”


3.

Ada beberapa perspektif  yang agak menarik:

i) Apakah benar kita semua, seluruh rakyat Malaysia, menjunjung perlembagaan?

ii) Di manakah kedudukan kita dalam membina sebuah bangsa yang merdeka?

iii) Apakah benar segala yang berbau ‘Melayu’ itu Umno, sementara yang berbau ‘Islam’ pula adalah Pas?

iv) Apakah kayu ukur yang kita gunakan tatkala mengukur ‘benar-salah’nya sesuatu persoalan itu?


4.

Bila lagi segala cerdik pandai Melayu itu bangun dan bersuara?

Apakah kita sekalian redha buat selama-lamanya dengan keadaan “dalam sejarah sosial Melayu, gagasan yang tersebar luas (atau dominant ideas) bukanlah hasil pemikiran yang telah diperdebatkan atau yang telah bercambah secara sosial”?


          

No comments: