Sunday, November 6, 2011

Wanita yang berani

Khatijah Sidek dan Ambiga


“Kebanyakan pemimpin kaum bapa dan Pergerakan Pemuda menentang memberikan kami lima kerusi yang dipinta.  Alasan mereka ialah wanita terlalu lemah, kerja mereka di dapur, dan masanya belum tiba bagi wanita duduk di parlimen kerana mereka perlu diberi kursus tentang bagaimana berucap. Ketika itu, resolusi ini dibentangkan oleh wakil dari Kuala Lumpur, Che Aishah Ghani.  Setelah saya dengar semua hujah yang memanaskan telinga dan karut-marut daripada kaum lelaki yang mahu terus menindas dan menginjak kaum wanita, saya berkata: “Sekarang, biar saya berikan satu contoh yang ringkas.  Saya seorang wanita berjuang untuk UMNO.  Sebelum ini, apabila Tunku menanyakan Syed Jaafar Albar, Ketua Penerangan UMNO, tentang bagaimana memberi penerangan kepada kaum wanita di kampung, dia menjawab, tak perlu, saya boleh buat sendiri.  Tak perlu seorang wanita.  Tapi, saya beritahu Tunku, cuba saya sebagai pegawai penerangan untuk wanita, kerana wanita suka dengar penerangan atau penjelasan daripada wanita.  Tunku setuju, dan sekarang, selepas 10 bulan kerja bertungkus-lumus di semua negeri di Malaya, jumlah ahli kaum ibu bertambah seramai 10,000 orang, dan 130 cawangan dibentuk.  Apakah ini isi kosong?  Siapakah di kalangan kaum lelaki yang ada rekod lebih baik daripada apa yang telah saya lakukan sebagai seorang wanita?”

Seminggu kemudian, mereka memecat saya sebagai Ketua Kaum Ibu kerana mereka tak suka kepada kebenaran.  Mereka tidak boleh terima wanita yang berani menghadapi mereka, dan kerana itu, mereka mencari jalan untuk menyingkir saya.”


Khatijah Sidek Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesatria Bangsa  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2010 http://www.ukm.my/penerbit  (halaman 148)


2.

Statement on Seksualiti Merdeka 2011.


This statement is to clarify the misinformation and misunderstanding surrounding Seksualiti Merdeka 2011.

For the record, this is an event that has taken place since 2008 drawing little attention from the public until now.  Further, for the record, I am not  an organiser of this event.  I was invited to officiate it on the 9th of November 2011 which I agreed to do in my personal capacity.

The aim of this event is to give the marginalised LGBTIQ community a voice and a platform to highlight the discrimination that they face in their daily lives. It is not an event to encourage homosexuality.  In fact a statement such as this immediately demonstrates a total lack of understanding of the issue. 
I am mindful of the position of the major religions as to the issue of homosexuality.  But this does not mean that we cannot show understanding and sensitivity to a marginalised community who suffer oppression and mental and even physical abuse, because of who they are. 

It does not mean that we have a right to treat them badly and to attack them mercilessly.  It does not mean that they have no rights. The recent reaction (even to the extent of calling them animals) underscores precisely this point.

I understand that people have strong views on the subject and they are entitled to have those views.  However, I believe that no member of our society should have to live in fear because of who they are.

I also believe that as fellow human beings who are imperfect, we should show humility and not arrogance.  I believe we are duty bound to understand the plight of those who suffer, no matter who they are. 


Dato’ Ambiga Sreenevasan
4th November 2011


3.

Mereka adalah wanita yang lahir dalam zaman yang berbeda dengan latar dan suasana masyarakat@negara yang berbeza.  Kalau pun ada persamaan, mereka adalah wanita yang (pernah)/wujud di tengah-tengah kita.  Merekalah di antara sekian contoh wanita luar biasa yang berani mencabar ‘norma’ di zamannya.        

Silalah ikuti dengan teliti dan saksama, adil dan dada yang lapang, tanpa prasangka(*)  lebih-lebih lagi petikan yang kedua.  Kisah Seksualiti Merdeka 2011, tajuk terhangat yang terkini berkat usaha gigih media, khususnya milik Sang Pemerintah.  Tajuk terhangat yang mengaitkan peranan wanita bukan-Melayu dan bukan-Islam yang sudahpun diheret supaya kelihatan lebih dekat dengan rumah politik itu. 

Bagi kita dosa terbesar wanita bukan-Melayu dan bukan-Islam ini ialah menerajui Bersih 2.0.   Sang Penguasa itu telahpun dimalukan sedemikian rupa.  Untuk itu, wanita ini mesti diberikan sedikit kursus amali.  

Apakah kita mudah melupakan Bersih 2.0?

Bukankah itu agenda terpenting paling utama kita? Ya, agenda utama kita ─ seluruh rakyat Malaysia ialah Bersih 2.0.  Hudud dan tuduhan sebagai pelopor seks songsang adalah isu-isu untuk mengalihkan perhatian dan tumpuan rakyat.  Ia adalah hiruk pikuk yang bertujuan untuk menenggelamkan mesej yang sebenar: 

Kita perlukan perubahan!


___________________________________________________


(*) Kata orang dunia hari ini adalah sebuah kampung yang besar tanpa sebarang sempadan lagi.  Di antara impaknya ialah lantangnya yang katanya suara hak asasi manusia dan pengaruh gaya hidup dalam berkelamin yang sangat asing dan terlarang dalam Islam.  Apa pun ini adalah di antara hakikat nyata yang wujud di seluruh dunia termasuk di negara kita.  Bagi kita ini adalah di antara cabaran terbesar yang perlu ditangani dan diberikan keutamaan oleh para ulamak, cendiakawan ummah dan juga para pemimpin agama lain.  Kita tidak boleh lagi sekadar terlalu bersemangat berpiket menentang artis yang bergaya hidup ‘pelik-pelik lagi songsang’.  Dan kita tidak boleh berpura-pura bahawa ini adalah penyakit segelintir manusia yang tersasar.  Saya terkejut apabila seorang teman berkata bahawa dia sangat gembira kerana anak lelakinya sudahpun ada teman wanita.  “Leganya saya, takut juga dunia sekarang ini...”       

Ertinya masalahnya nyata.  Mungkin dari sudut peratusnya, bilangnnya kecil, tetapi ia nyata dan wujud.  Apakah kita mahu bakar saja orang-orang ini hidup-hidup (bukan metafora) seperti mereka membakar Joan of Arc satu ketika dulu?

Siapa kata ulamak menjadi ulamak itu mudah dan para ulamak kita sudah cukup bersedia?

Wallahuaklam.

(Ps buat para teman: Mohon perbetul mana yang tidak tepat. Terima kasih.)



No comments: