Thursday, January 19, 2012

Ahmad Boestamam: 30/11/1920 - 19/1/1983

Hari ini, 19 Januari 2012


Di dalam “Memoir Ahmad Boestamam ― Merdeka dengan Darah dalam Api” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: 2004 di halaman 374, kita temui catatan ini:

Saya tersenyum dulu. Dan dengan tenang dan tegas saya berkata kepada mereka:

“Oh, tidak. Hanya orang-orang yang buta politik saja yang akan berkata begitu.”

“Mengapa tidak?” Mereka bertanya serentak. “Bukankah UMNO dan Perikatan memperjuangkan cita-cita “ Berbaik-baik sangka dengan semua bangsa yang ada di Tanah Melayu ini?” Dan tidakkah itu cita-cita PKMM dulu?”

“Kalau dipandang sepintas lalu nampaknya begitu,” saya menjelaskan. “Tapi kalau dihalus-halusi atau dianalisa sedalam-dalamnya ternyata tafsiran Perikatan UMNO tentang berbaik sangka di antara semua bangsa yang ada di Tanah Melayu dengan tafsiran PKMM dulu sangat jauh berbeza, seperti bumi dengan langit. Baik sangka antara semua bangsa yang ditujukan oleh Perikatan dan UMNO ialah baik sangka di antara golongan atasan, khasnya golongan kapitalis, sedang baik sangka antara bangsa yang ditujukan PKMM adalah sebaliknya. PKMM menginginkan baik sangka di antara golongan rakyat ― golongan buruh dan tani ― bukan golongan atasan, golongan kapitalis.”


2.

Petang tadi saya menerima teks telefon bimbit, hp berikut:

Salam. ‘Salut’ untuk lagenda pejuang rakyat. Ahmad Boestamam 30 November 1920 – 19 Januari 1983. Al Fatihah. Soleh.

Al- Fatihah buat para pejuang yang telah mengorbankan jiwa raga mereka untuk rakyat yang kecil yang melarat. Amin.


Terima kasih Soleh kerana memperingatkan. Orang muda sepertimu beruntung kerana dapat bersama, dibimbing pula oleh insan pejuang seperti Cikgu Ishak, Kampung Banda Dalam.

1 comment:

Anonymous said...

This is my Good luck that I found your post which is according to my search and topic, I think you are a great blogger, thanks for helping me out from my problem..
AMC Encore AC Compressor