Tuesday, April 17, 2012

Lawak pagi Selasa

PTPTN: Kerajaan kita (dipilih rakyat) tak ada masalah, orang lain yang bermasalah

http://malaysiakini.com/news/195121

Menteri: Pulangkan wang PTPTN jika mahu mansuh
1:21PM April 16, 2012


Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

Dr M: PTPTN diluluskan semasa Anwar masih TPM
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
April 15, 2012

KUALA LUMPUR, 15 April — Skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diluluskan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan, jelas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir turut mengingatkan ketua pembangkang itu bahawa skim berkenaan diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.

“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,” katanya dipetik Bernama.

Ulasan

Maklumat yang disampaikan oleh kerajaan yang dipilih rakyat sepertimana yang dijelaskan dalam petikan berita di atas, juga jelas menunjukkan bahawa mahasiswa yang sedang memprotes PTPTN itu jelas sekali bersalah. Mereka melakukan kesalahan yang besar dan telah bersalah kerana sebab-sebab berikut:

Arahan/maklumat ini datang dari mulut mereka yang memegang atau yang pernah menjawat jawatan besar, seorangnya menteri sementara yang satu lagi itu mantan ceo kabinet Malaysia. Oleh kerana mereka mewakil suara yang dipilih rakyat, maka suara mereka adalah suara yang benar.

Keputusan:

Pertama: Mereka, segala mahasiswa perlulah membayar balik semua duit ringgit PTPTN.

Kedua: Yang pernah mengurus hal PTPTN ini (siapa lagi, kalau bukan musuh bebuyutnya, sebenarnya bersalah besar. (Perhatian: Sila semak lebih lanjut tentang kebenaran dakwaan ini!)

Keputusan muktamad:

Masalah kita, iaitu masalah mahasiswa dan juga masalah Kerajaan dengan ini telahpun selesai.

(QED)

No comments: