Monday, April 30, 2012

Lencongan Umno


PASCA BERSIH 3.0:  USAH LADENI LENCONGAN UMNO

Pertama:  Agenda perjuangan Bersih

Tuntutan supaya Rakyat tulen (kerana ada rakyat mi segera) saja yang dibenarkan memilih Kerajaan Malaysia, kini semakin disedari kepentingannya oleh orang ramai.  Orang ramai juga semakin sedar kenapa Rakyat Malaysia mesti perjuangkan tuntutan Bersih yang lapan itu:

1) Bersihkan senarai undi
2) Reformasikan undi pos   
3) Gunakan dakwat kekal
4) Akses media dan adil
5) Masa kempen minima 21 hari
6) Kukuhkan institusi awam
7) Hentikan rasuah
8) Hentikan politik kotor

Lapan tuntutan di atas bertujuan menjamin pilihan raya yang adil, bebas dan telus.  Itulah terasnya demokrasi.

Kedua: Umno tidak mahu pilihan raya yang bersih?

Apakah Umno tidak mahu tuntutan di atas dipenuhi kerana pilihan raya yang Bersih akan menyukarkannya?  Pilihan raya yang adil, bebas dan telus bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh Umno.  Pilihan raya yang bersih, telus dan bebas akan membunuh segala peluang Umno dan alat-alatnya untuk terus menipu.  Itulah sebabnya SPR, agennya Umno bermati-matian mempertahankan proses pilihan raya yang sedia ada.

Ketiga: Umno dan lencongannya

Seperti biasa, lebih-lebih lagi pabila tersepit, Umno gunakan setiap ruang dan peluang untuk mengalih pandangan rakyat ke tempat lain.  Medianya telahpun menuduh Bersih 3.0 ganas dan kotor.  Umno beruntung kerana lawannya mengambil sikap berhemah yang berlebih-lebih.  Umno beruntung kerana sebagai sebuah organisasi yang ‘gentleman’ lagi profesional,  Bersih 3.0 mahukan apa sebenarnya berlaku pada saat-saat akhir himpunan suku juta rakyat Malaysia itu,  dikaji sedalam-dalamnya. 

Walaupun niatnya cukup baik, wajarlah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan lencongan.  Rakyat Malaysia sudah selalu sering ditipu, dilecong-kelentong.  Jawatankuasa Parlimen pasca Bersih 2.0 adalah bukti nyata apa yang berlaku.  Oleh itu, elok kiranya kita berpada-padalah dalam  hal berlapang dada dan berbaik sangka dengan Umno.  Sekali Gerombolan, tetap gerombolan.

Keempat: Pengadil pilihan raya mencederakan pertandingan yang sihat

Sebarang pertandingan pasti gagal mencapai matlamatnya jika pengadilnya berat sebelah, berkepentingan  dan tidak kompeten.  Oleh sebab itu, pengadil dan pasukan Suruhan Jaya Pilihan Raya mestilah dibersihkan terlebih dahulu.  Pengadil yang baru perlu diperolehi.  Bersih harus teruskan gerakan dan usaha ke arah itu.  Adalah satu tragedi kepada masa depan negara kita, jika kita terus bersabar dengan pengadil yang curang dan tidak amanah.  

Kelima:  Usah benarkan Umno terus berwayang dan berlakon

Perancangan, tindakan lanjutan yang berterusan dan strategik diperlukan jika Rakyat Malaysia benar-benar mahukan sebuah Malaysia yang baru dan merdeka.  Jika perlu,  kita teruskan dengan siri Bersih xyz.

Ini bermakna, akhirnya Umno tak punya pilihan lagi, kecuali bertanding dalam pilihan raya sebagai lelaki sejati.  Masa untuk Umno berterus-terusan berwayang kulit dan berlakon untuk mengekalkan kuasa telah tamat.  Rakyat mahukan tindakan bukannya slogan. 

Hidup Bersih, Hidup Rakyat Malaysia!

____________________________________________________________________________
Nota kaki:  Usahlah membuang tenaga dan masa meladeni segala NGO katak.  Mereka sekadar memanggil hujan. Simpan tenaga untuk kerja-kerja yang lebih bermanfaat.  Dan tidak kurang pentingnya, usah disahut latahnya Kutty et al.  Kerja melayan latahnya hanya membuang masa dan menghabiskan tenaga yang berharga. 

Biarkanlah dia terus melatah.  Biarkan dia memeluk apa yang mahu dipeluknya, semahu-mahunya.

No comments: