Wednesday, May 30, 2012

Kita ditipu lagi!


Strategi tidak mahu ‘berbuat apa-apa’


Kata Edward de Bono, “Teach Yourself to Think” Penguin, 1996:260 bahawa dalam politik, sekiranya anda bercadang untuk tidak berbuat apa-apa,  satu strategi tersohor yang sering digunakan ialah berpura-pura anda sedang ‘berbuat sesuatu’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas.  Tindakan ini memperlihatkan kepada khalayak bahawa anda sedang mengurus segala isu-masalah yang timbul itu (contohnya, Bersih 3.0).  Itulah jawapan mapan yang berguna untuk semua keadaan ― tindakan telahpun diambil.  Hasilnya, semua orang pun lupa tentang isu dan masalah pokoknya.  Akhirnya, laporan Jawatankuasa Khas itu pun muncul tanpa banyak songel dan ― yakinlah, TIDAK ada apa-apa pun yang dilakukan.  Pelik tapi benar kekadang ‘task force’ juga dilihat berperanan sedemikian. 

Lalu apakah kaitannya dengan Bersih 3.0?  Kita mahu menunggu hasil kerja Jawatankuasa Khasnya atau masih ramai yang terus mempertikaikan pemilihan Sang Pengerusinya?  Sementara itu, persoalan pokoknya masih jua TIDAK terjawab:  Bilakah kita nikmati pilihan raya yang adil dan BERSIH itu? 


II.

Apa pun, memang benarlah kita terus ditipu.  “Kita asyik kena tipu saja!”  ujar temanku Jusoh Kepala Bukit, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah.  Kata Lebai Dalip, khatib yang tak pernah baca khutbah tapi berkhutbah,  Jusoh yang tidak pernah bersekolah formal itu adalah agen perubah masayarakat yang baik.  Orang-orang Melayu perlukan lebih ramai Jusoh Kepala Bukit.   



No comments: