(JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIBENARKAN)
UJIAN
PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBUK BESAR, KOTA BESAR, NEGERI
BESAR.
MATA
PELAJARAN: RINGKASAN KARANGAN
Soalan ini berdasarkan petikan
berita portal di bawah, sila penuhi hujah-hujah yang masih kosong.
'Pembangkang tak akan
tunai janji p'raya'
Aidila Razak, 10:10AM
Mei 29, 2012
|
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan "keraguan yang serius"
terhadap janji-janji pilihan raya pembangkang.
Bercakap kepada pemimpin perniagaan di Invest Malaysia 2012, beliau berkata pendekatan "populis" hanya menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk memerintah.
Sehubungan itu, katanya, beliau meragui janji-janji Pakatan tersebut, termasuklah janji untuk mengurangkan terus harga petrol jika memerintah.
Malah, tegas Najib, tidak ada seorang pun di dunia yang berbuat demikian.
"Kami telah membelanjakan RM2 bilion sebulan untuk subsidi (petrol) dan jika kita naikkannya kepada RM3 bilion atau RM4 bilion, apakah akan jadi pada kewangan kita?"

ARAHAN:
BAHAGIAN A
SILA penuhi mana-mana ruang yang kosong@belum
dijawab atau yang bertanda xxxxx.
Berikan RESPONS anda terhadap kandungan ucapan di atas.
Sila ulas jawapan cadangan
Mohon teliti senarai soalan berikut dan jika
perlu, sila huraikan mana-mana bahagian dengan hujah tambahan.
1) Apakah yang mahu disampaikan dalam ucapan di atas?
Jawapan cadangan:
PM meragui kesungguhan pembangkang memenuhi
janji-janji pilihan raya mereka. Baginya
janji-janji ini berbetuk "populis"
kerana Pakatan Rakyat beria-ia mahu memerintah.
PM juga meragui janjinya Pembangkang mahu
mengurangkan terus harga petrol kerana baginya “tidak ada seorang pun di
dunia yang berbuat demikian.”
2) Apakah konteks yang dirujuk PM apabila berhujah?
Jawapan cadangan:
PM juga berhujah, Kerajaan pimpinannya telahpun
memberikan subsidi sebesar RM 2 bilion satu bulan untuk subsidi petrol dan
amaun subsidi ini tidak mungkin dapat dinaikkan. Jika subsidi ini
ditingkatkan apakah yang bakal terjadi dengan kewangan negara kita?
PM berhujah dengan merujuk kepada caranya memerintah.
3) Apakah soalan yang boleh kita utarakan berhubung ucapan PM ini?
(Sila senaraikan hujah anda)
4) Renungilah dan telitilah sama ada isi ucapan PM ini mencabar
pandangan, buah fikiran dan juga kepercayaan anda? Apakah respons peribadi anda?
Apakah buah fikiran ini cukup meyakinkan
atau ia sebenarnya xxxxxx anda sebagai
rakyat Malaysia?
5) Sila susun semula hujah-hujah PM itu dalam bahasa anda sendiri. Apakah yang dapat anda rumuskan?
6) Sila nilaikan hujah PM itu dari segi logik, kredibiliti@kebolehpercayaan
dan juga dampaknya terhadap emosi.
7) Sila bandingkan teks rumusan anda dengan teks yang PM sampaikan.
BAHAGIAN B
SOALAN Penutup:
Apakah anda
fikir debat perdana di antara PM dan Ketua Pembangkang itu relevan?
|
No comments:
Post a Comment