Saturday, May 5, 2012

Makna 'kerajaan pilihan rakyat'


Tuntutan ke 8 Bersih: HENTIKAN POLITIK KOTOR 

Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang digusur dengan rakus awal pagi 20 April 2012 antara lain membuang sama sekali klausa lama yang menghendaki dan mensyaratkan bahawa sebarang bahan bercetak yang diedarkan dalam pilihan raya itu mestilah mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya. 

Ertinya pindaan Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 ini, iaitu dengan MEMBUANG KLAUSA lama yang mensyaratkan sebarang bahan bercetak yang diedarkan dalam pilihan raya itu mestilah mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya bakal meningkatkan lagi perbuatan politik kotor dalam kempen pilihan raya.

“That amendments to Section 11(c) could also lead to more dirty politics in election campaigns. The clause, which was deleted in full, required printed materials to have names and addresses of the printers and publishers.

This means that anyone can now put up anonymous defamatory, racist or sexist posters without identifying the publisher or printer,” she said, adding that the end of dirty politics is part of Bersih’s eight demands.”

(Demikianlah kegusaran Dato Ambiga, sepertimana yang dilaporkan oleh Adila Razak, Malaysiakini versi Inggeris 20 April 2012).   

Sekiranya kerajaan Umno/BN ini benar-benar mahukan proses pilihan raya negara kita,  bersih ― dan meyakinkan, maka tuntutan BERSIH 3.0 yang kedelapan ― menggesa “Hentikan Politik Kotor” adalah satu tuntutan munasabah@masuk akal.  Oleh kerana itu tuntutan ini wajar dilaksanakan.  Sebabnya mudah saja.  Apabila proses sesebuah pilihan raya itu bersih ― dan meyakinkan,  barulah pemenangnya yang menjadi kerajaan itu bermaruah dan memiliki kedudukan moral untuk mendakwa bahawa dialah ‘kerajaan pilihan rakyat’.  Bukankah begitu?  

Bayangkan satu waktu, kita didatangi kepala penyamun, dan kita digertaknya “Akulah ketua pilihan kamu! Hormatilah aku!”, apakah kita semua tunduk malu, tersipu-sipu tapi rakus pula menyambar tangan kirinya lalu menciumnya dengan penuh nikmat sekali,  seraya menghebahkan, “Ya, Tuan Besar!”

Jika kita tidak boleh membenarkan senario jelek seperti ini bergentayangan dalam musim pilihan raya nanti, kenapakah kita membiarkan Meloya itu terus bermaharaja lela dengan cerita-cerita fitnahnya?  Apakah tidak mungkin segala cerita seks lucah, kotor tentang Azmin itu hanyalah prelude, mukadimah kepada sebuah kempen pilihan raya yang tersangatlah kotor dalam PRU 13 nanti?

Bilakah tarikh kita Bersih4kan (baca: bersihempatkan dan bukannya C4kan) negara ini?    




No comments: