Sunday, May 27, 2012

“Pegawai polis sepatutnya bersikap non-partisan (tidak memihak)




MEMALI: Kenangan seorang polis


Sumber:  Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim, MEMALI: Kenangan seorang polis, Marshall Cavendish Editions. 2012


“Pegawai polis sepatutnya bersikap non-partisan (tidak memihak)

Adalah satu perkara yang paling mustahak iaitu para pegawai polis tidak boleh bersikap menyebelahi mana-mana pihak semasa menjalankan tugas.  Polis patut memastikan pelaksanaan undang-undang dan memberi layanan yang sama rata kepada semua pihak selain tidak membenarkan dirinya ditekan agar membuat itu ini menurut segala kehendak pemimpin politik.  Tindakan melayan semua parti politik dengan cara yang sama akan membuatkan orang awam mempercayai anda.  Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat memberikan layanan yang adil kepada semua parti politik, terutamanya UMNO dan PAS ketika saya berkhidmat sebagai OCPD di Baling.  Itulah saja perkara yang telah menyelamatkan diri saya daripada disakiti oleh para perusuh pada kejadian malam 20 Oktober 1985 itu.”

(halaman 109- 110)