Ilmuan: Kitol, Mendaliar dan jerumun ilmu
Apabila ‘ilmuan’
memilih bercakap mengenai perkara-perkara yang disenanginya, kita percaya bahawa
hanya ada perkara-perkara tertentu saja yang disenangi ilmuan ini.
Apabila ilmuan
memilih untuk merujuk sesetengah juzuk tertentu teks, maka percaya ilmuan ini bersungguh-sungguh mahu memperkuatkan hujah-hujahnya.
Apabila ada ilmuan
yang sentiasa TIDAK nampak sebarang kepincangan di sekelilingnya, kita percaya
ilmuan ini telah mencapai tahap keilmuan par excellence. Jusoh Kepala Bukit sudah ketawa
terbahak-bahak.
Jusoh semakin terbahak-bahak
apabila melihat bagaimana ilmuan par excellence ini TIDAK dapat melihat SAMA
SEKALI bahawa pilihan raya yang tidak bebas, yang tidak adil dan yang tidak bersih
itu tragedi kepada rakyat sesebuah negara.
Bagi Jusoh
Kepala Bukit yang sejarah persekolahannya hanyalah darjah tiga, Sekolah Melayu Kampung
Bukit Meriam, inilah contoh profil terbaik seekor carma terbaik.
Jusoh Kepala
Bukit terus terbahak-bahak melihat Sang Penguasanya juga memilih membuat yang
terbaik ― IA, Penguasa
ini memilih untuk terus mengejar peserta bersih. Ia memilih untuk tidak melihat perbuatan
pihak yang mengganas. Jusoh ketawa kerana
yang bukan ilmuan telah melihat segala pembohongan terang-terangan di segala
macam laman.
Sayang sekali,
ada carma yang memilih untuk tidak nampak apa yang telah dan sedang berlaku di
sekelilingnya.
No comments:
Post a Comment