Sumber: http://malaysiakini.com/news/199994
PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel
Oleh: Ahmad Fadli KC 5:05PM Jun 5 2012
Permohonan
siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan
tersebut.
Seorang
pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan
secara dalaman melalui emel. Katanya lagi, tiada
pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Sumber:
http://malaysiakini.com/news/200000
“PTPTN's decision to halt loans for Unisel students come
after calls from several BN leaders for Selangor to walk
the talk and provide free education in Selangor first.
Pakatan Rakyat has proposed to provide free education and to do away with the student loans if it comes into power.”
Pakatan Rakyat has proposed to provide free education and to do away with the student loans if it comes into power.”
II. Sekali
pandang
Apakah PTPTN telahpun menjadi 'senjata'? Apakah ia dijadikan 'senjata' buat menikam Pakatan
Rakyat? Apakah benar ia senjata Pakaran Rakyat yang telah menikam dirinya? Apakah ini terjadi kerana sebab-sebab 'kukuh' berikut?
i) Katakahlah semua
pelajar UNISEL itu - termasuk ibu bapa dan sanak saudara mereka adalah penyokong kuat UMNO. Ya, mereka adalah penyokong UMNO seumur
hidup. Apakah mereka gembira kerana
Kerajaan Pusat telah 'berjaya' memudharatkan orang-orang Umno? Orang-orang UMNO gumbira kerana anak-anak mereka tidak diberikan PTPTN? Mereka gumbira kerana Kerajaan
Pusat 'bijak mengajar' rakyat yang telah memilih pembangkang?
Apakah mereka akan bersorak: “Puaslah hati kita semua. Sekarang anak-anak kita pun sudah tak ada lagi PTPTN!!!”. Mereka
bersorak di kedai-kedia kopi, di stesen bas, di pasar-pasar malam?
ii) Katakahlah semua
pelajar UNISEL termasuk ibu bapa, datuk dan neneknya itu adalah penyokong
kental Pakatan Rakyat. Pada perkiraan sesetengah orang, akibat pembekuan PTPTN kepada pelajar baru UNISEL, maka para penyokong Pakatan Rakyat pasti marahkan Pakatan Rakyat? Apakah benar mereka marah lalu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat hanya 'pandai berjanji tapi tak pandai
menunaikan janji'. Aneh sekali, apakah orang-orang ini juga berfikir bahawa rakyat tidak lagi dapat membezakan di antara kuasa Kerajaan Pusat dan juga kuasa Kerajaan Negeri?
Apakah mereka juga akan bersorak gembira? Mereka bersorak “Baguslah, Umno telah mendera rakyat termasuk para penyokong UMNO sendiri"? Mereka bersorakan di surau dan masjid di seluruh Malaysia?
iii) Apakah kita yang tak punya anak yang baru belajar di UNISEL juga
'gumbira'? Kita 'gumbira' kerana sekali lagi melihat “1Malaysia inaction@tak berfungsi”?
No comments:
Post a Comment