Thursday, June 7, 2012

Ada makna dan apakah maknanya



Sebuah papan tanda


Pagi tadi  6 Jun 2012, dalam perjalanan ke Kangar, Perlis saya sengaja memilih melewati bandar  lama Jitra, Kedah.  Ya, sengaja lewati supaya dapat singgah sebentar untuk ber‘brunch’ di sebuah warung kegemaran berhampiran Masjid Tabligh (istilah teman-teman tatkala sama-sama di Jitra dulu).  Tertarik juga dengan papan amaran yang terpampang ini.     

Agaknya, apakah yang terlintas dalam kepala tuan apabila terpandang papan tanda sebegini?

(Khabarnya, yang menarik perhatian biawak-biawak 'sebesar buaya' ialah sampah sarap yang dibuang merata-rata itu.)

2.

Semasa di Kangar, teman-teman berbicara tentang Lebuh Raya Rakyat, Kuala Krai–Kota Bharu.  Kata teman ini walaupun satu sen, aku tak akan lepaskan peluang untuk beramal jariah.  Bila lagi mereka mahu berikan nombor akaunnya?

Ya, ada pelbagai makna yang tersangat besar pada sebuah Lebuh Raya Rakyat.

Tk, TGNA dan seluruh saf kepimpinan Kelantan!

(Yang begitu menerujakan teman ini ialah kesempatan untuk beramal jariah; janji dan habuan alam ghaib yang tak kelihatan oleh mata kasar.  Yang menerujakan seluruh rakyat ialah kesempatan membuktikan bahawa Sang Penguasa tidak boleh selama-lamanya mendera rakyat.)

 
                                                                                                

No comments: