Thursday, June 7, 2012

Gagahkah peninju menumbuk angin?


Hak mendapatkan capaian@akses media yang adil 


I.  Berita SATU

Rais: Political parties can air manifestos through RTM ― Koh Jun Lin 7:25PM Jun 6, 2012


The cabinet has approved the Information Ministry’s proposal to allow equal media access for political parties to present their manifestos, said Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim today.

II. Berita DUA

Media grill Azmin over 17-year-old graft case ― Aidila Razak 1:53PM Jun 6, 2012

At a press conference intended to pressure the premier to explain the alleged sale of a secret navy document, PKR deputy president Azmin Ali found that interest of the mainstream press lay elsewhere - in the recently revived corruption case against him.


KOMEN

Kedua-dua berita TIDAK akan muncul sebagai berita sekiranya tidak ada peristiwa penyebabnya.  Ertinya,  ada peristiwa yang menyebabkan reaksi seperti ini.  Ya, berita-berita seperti di atas muncul kerana Sang Penguasa berpendapat ia perlu bertindak demi kebaikan dirinya. 

Kedua-dua petikan berita di atas muncul sebagai reaksi Sang Penguasa terhadap peristiwa yang ia sedang hadapi.  Kedua-dua peristiwa itu dibentang kepada khalayak mungkin kerana Sang Penguasa berpendapat ia perlu melakukan sesuatu untuk menjawab serangan musuh-musuh politiknya.

Jika kita ibaratkan pergelutan merebut kuasa itu perlawanan akhir, final liga bola sepak, Berita Kedua ialah taktik untuk mengendurkan dan menepis serangan lawan dengan menendang bola,  jauh-jauh keluar padang atau pun mengarahkan pemainnya jatuh dan mengerang kesakitan kerana telah ‘dikasari teruk’ oleh lawannya. Inilah yang sering kita katakan lencongan atau diversion orang-orang yang tertekan.  Ya, tindakan orang yang kalut lagi desperate, yang sedang kelam kabut. 

Kita lebih tertarik dengan Berita SATU.  Berita ini menunjukkan:

Tuntutan Bersih 2.0 supaya semua pihak diberikan akses media yang adil dan saksama itu tepat, betul dan benar.   Ertinya ― dan akhirnya Sang Penguasa itu terpaksa akur bahawa selama 54 tahun,  mereka telah menafikan hak lawan politiknya untuk memberikan pandangan yang berbeza.  Sang Penguasa itu akur bahawa mereka perlu menjawab LAPAN TUNTUTAN BERSIH ITU.
Mungkin mereka baru tersedar.  Mereka tersedar bahawa adalah janggal lagi pandir jika seseorang peninju itu ‘bertinju’ di atas pentas di depan khalayak.  Ya, mereka baru tersedar menumbuk angin di atas pentas adalah pelik, janggal dan pandir. 

Akhir sekali, kita ingin bertanya:  Badut yang manakah yang masih percaya bahawa tujuan BERSIH ialah untuk merampas kuasa dengan berdemonstrasi?   BERSIH 2.0 telahpun ‘duduk bantah’ demi untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil.  Mengikut hujahnya BERSIH,  hak untuk berhujah di depan khalayak adalah hak yang sah di sisi undang-undang dan ia termasuk di dalam lapan tuntutan yang diperjuangkan selama ini.

Sejak bilakah berhujah di depan khalayak itu menjadi dosa yang amat besar?     




No comments: