Friday, June 8, 2012

Woi JANG, baca manifesto aja?


Media, pembentuk persepsi itu


Persepsi ialah cara bagaimana kita melihat dunia di sekeliling kita atau bagaimana fikiran kita melihat sesuatu isu itu.  Dalam bahasa Edward de Bono, “Teach Yourself  to Think” Penguin Books, 1996, halaman 118:

“Perception is the way we look at the world or the way our minds organize what  we are seeing at this moment.  If people have a perception that one shop is better value than another  this is what will guide their buying behaviour – even if the facts show otherwise.   Facts can be used to seek  to change perceptions  but in the end people can only act on their individual perceptions.  If  people perceive that one politician is more dishonest and self-seeking than another, then that is how they will vote.  The underlying truth is irrelevant. ”    

II.

Dalam bahasa BERSIH 3.0 dan juga bahasa versi-versi BERSIH sebelumnya, terdapat 8 (lapan) tuntutan paling pokok.  Tuntutan ke– empat menuntut (atau pun lebih tepat mendesak, meraung-raung, menjerit-jerit) begini:

AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL

Media itu tukang lapor, tukang cerita, Tok Dalang yang berpengaruh.  Di negara-negara yang masih rendah tahap demokrasinya negara-negara yang tahap demokrasinya masih separuh masak@palsu, media kerap bertindak sebagai hantu raya, jembalang peliharaan.  Di negara-negara ini, media adalah gerombolan hantu raya saban hari siang dan malam bekerja keras untuk mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.  Media, alat Sang Penguasa ini memasuki rumah-rumah kita dengan niat yang jitu:  Memastikan para penerima ‘maklumat’nya akan terus menyokong Sang Penguasa sedia ada.  Penguasaan mutlak ini memungkinkan proses ini berjalan lancar.  

III.

Kewujudan media baru berbentuk ‘akhbar’ digital, facebook, twitter, blog, Youtube dan mutakhir ini, radio internet telah mengubah keadaan yang sekian lama berat sebelah dan  memihak kepada Sang Penguasa itu.  Dengan kewujudan media baru ini, salah laku yang disengajakan seperti perbuatan menggelapkan, memesongkan, memutar-belitkan, mengebirikan (kebiri/kasi/ castrate) berita malah terang-terangan berbohong (disinformation, misinformation with vicious, toxic elements such as half-truths and of late deliberate blatant lies) dapat dihadapi dengan pelbagai pendedahan dan hujah balas.

Persoalan seterusnya, adakah usaha-usaha ini berkesan dalam meredakan, mengurangi,  menebat/mitigate,  atau lebih bagus dapat menyaingi impak media gerombolan terhadap persepsi rakyat yang ‘dikebulurkan berita-berita’ alternatif  media baru itu?  Jika jawapannya belum begitu mencukupi, apakah akal dan ikhtiar kita?


IV.


Saya terkesan dengan persoalan persepsi ini tatkala berdepan dengan seorang Pak Cik, penjual jalanan akhbar-akhbar Melayu, termasuk Harakah (barang kali dia hanya menjual, menyelak-nyelak halamannya pun tidak!) di salah sebuah taman perumahan di Sungai Petani.  Entah kenapa,  dia terpancing dengan komen-komen saya berhubung tajuk-tajuk berita pagi itu (mungkin juga komen itu telah memanaskan telinganya!). 

“Bayangkan Azmin dituduh macam tu oleh emaknya sendiri...”    

Benarlah, persepsi biar betapa tidak masuk akal sekali pun,  mencederakan.  Mungkin hanya mereka yang mahu berhenti sejenak untuk berfikir,  mampu mendepani kerja-kerja jahat yang berterusan oleh para gerombolan dan agen-agennya ini.  Apakah ini bermakna bahawa mereka yang malas berfikir sentiasa saja dibaham oleh persepsi?  Bukankah yang sekolahnya tinggi-tinggi juga...begitu?

Apakah kita tidak ingin ‘mengajar’ orang-orang Melayu berfikir?  Orang-orang yang terlatih dalam bidang agama seperti para aktivis Pas, lebih-lebih lagi para pemimpinnya ramai yang terlatih dalam ilmu mantik ini,  mampu berbuat sesuatu.  Mungkin aspek-aspek ini dapat diselitkan dalam ceramah-ceramah yang mereka anjurkan. Marilah kita bercerita dan berceramah tentang 'dosa' bertaqlid buta dalam kehidupan ini.  Ya,  kita dedahkan orang-orang Melayu supaya lebih biasa dengan proses berfikir.  Proses berfikir yang  lebih mendalam dan sistematik.  

Dan yang terakhir, tentunya laungan yang maha keras itu:


BERIKAN KAMI,  RAKYAT MALAYSIA “AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL”!!!
(Woi Jang, mana cukup dengan baca manifesto aja???)


1 comment:

Gedung Akal said...

Saya fikir orang Melayu kurang fikir. Sebab itu mereka hanya ikut saja mana yang sedap dan rela ditipu...
Sebab itu Melayu suka beli barang cina walau pun mampu buat sendiri. Silalah komen idea2 di blog saya ok..http://gedungakal.blogspot.com/2012/06/meraikan-perbezaan-pendapat.html