Taktik memerintah
zaman lampau: Pembodohan
Kata akarnya
ialah ‘bodoh’ atau dalam bahasa yang lunak, ‘tidak cerdik’. Pembodohan
ialah perbuatan yang sengaja atau pun yang tidak sengaja untuk ‘membuat seseorang
itu menjadi tidak cerdik’. Ini bermakna memperbodoh-bodohkan seseorang, sekelompok
manusia atau pun sesuatu bangsa itu bolehlah kita golongkan sebagai sejenis
pekerjaan.
Pekerjaan memperbodoh-bodohkan
manusia ini boleh dilaksanakan secara ad-hoc@ tangkap muat, hentam keromo atau
pun dirancang. Atau besar kemungkinannya
perbuatan ini berakar umbi setelah melalui ‘proses tarbiah songsang’ yang cukup
panjang. Salah satu sebab kenapa proses memperbodoh-bodohkan
manusia ini berakar dalam sesuatu masyarakat ialah kerana yang diperbodohkan
itu membiarkannya ― seolah-olah merelakan proses pembodohan ini terus
berlaku.
Diringkas
cerita, proses pembodohan telah sebati dan Si Tukang Perbodoh Manusia, STPM pun
menganggapnya sebagai suatu norma. Dalam
loghat utara, dia sudah naik mua. Ertinya
STPM naik tocang lalu mengambil mudah perbuatan memperbodoh-bodohkan orang itu. Dialah manusia yang telah mangli dengan
perbuatannya. Saking manglinya,
sehinggakan rutin hariannya termasuklah memperbodoh-bodohkan manusia.
Sesungguhnya
subjek ini boleh dijadikan tesis di pusat-pusat pengajian tinggi. Kita boleh kaji, selidik, bongkar segala
kerja yang mereka lakukah sepanjang hayat mereka memerintah kehidupan kita
selama ini. Kita dapat melihat bagaimana
rakyat itu mereka tanggapi ― dan diperlakukan.
Di mata mereka ini, rakyat hanyalah zombie-zombie hina ― berkeliaran
sambil meminta-minta belas ehsan mereka.
No comments:
Post a Comment