Media, pembentuk persepsi itu
Persepsi ialah
cara bagaimana kita melihat dunia di sekeliling kita atau bagaimana fikiran
kita melihat sesuatu isu itu. Dalam
bahasa Edward de Bono, “Teach Yourself to
Think” Penguin Books, 1996, halaman 118:
“Perception is the way we look at the world or
the way our minds organize what we are
seeing at this moment. If people have a
perception that one shop is better value than another this is what will guide their buying behaviour
– even if the facts show otherwise. Facts
can be used to seek to change
perceptions but in the end people can
only act on their individual perceptions.
If people perceive that one
politician is more dishonest and self-seeking than another, then that is how
they will vote. The underlying truth is
irrelevant. ”
II.
Dalam bahasa
BERSIH 3.0 dan juga bahasa versi-versi BERSIH sebelumnya, terdapat 8 (lapan)
tuntutan paling pokok. Tuntutan ke– empat
menuntut (atau pun lebih tepat mendesak, meraung-raung, menjerit-jerit) begini:
AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL
Media itu tukang
lapor, tukang cerita, Tok Dalang yang berpengaruh. Di negara-negara yang masih rendah tahap
demokrasinya ― negara-negara
yang tahap demokrasinya masih separuh masak@palsu, media kerap bertindak
sebagai hantu raya, jembalang peliharaan. Di negara-negara ini, media adalah gerombolan hantu
raya ― saban
hari ― siang
dan malam ― bekerja
keras untuk mempengaruhi minda dan fikiran rakyat. Media, alat Sang Penguasa ini memasuki
rumah-rumah kita dengan niat yang jitu: Memastikan
para penerima ‘maklumat’nya akan terus menyokong Sang Penguasa sedia ada. Penguasaan mutlak ini memungkinkan proses ini
berjalan lancar.
III.
Kewujudan
media baru berbentuk ‘akhbar’ digital, facebook, twitter, blog, Youtube dan
mutakhir ini, radio internet telah mengubah keadaan yang sekian lama berat
sebelah dan memihak kepada Sang Penguasa
itu. Dengan kewujudan media baru ini,
salah laku yang disengajakan ― seperti perbuatan menggelapkan, memesongkan, memutar-belitkan,
mengebirikan (kebiri/kasi/ castrate) berita
malah terang-terangan berbohong (disinformation, misinformation with vicious, toxic
elements such as half-truths and of late ― deliberate blatant lies) dapat dihadapi dengan pelbagai pendedahan dan
hujah balas.
Persoalan
seterusnya, adakah usaha-usaha ini berkesan dalam meredakan, mengurangi, menebat/mitigate,
atau lebih bagus dapat menyaingi impak
media gerombolan terhadap persepsi rakyat yang ‘dikebulurkan berita-berita’
alternatif media baru itu? Jika jawapannya belum begitu mencukupi,
apakah akal dan ikhtiar kita?
IV.
Saya terkesan
dengan persoalan persepsi ini tatkala berdepan dengan seorang Pak Cik, penjual
jalanan akhbar-akhbar Melayu, termasuk Harakah (barang kali dia hanya menjual, menyelak-nyelak
halamannya pun tidak!) di salah sebuah taman perumahan di Sungai Petani. Entah kenapa, dia terpancing dengan komen-komen saya berhubung
tajuk-tajuk berita pagi itu (mungkin juga komen itu telah memanaskan telinganya!).
“Bayangkan
Azmin dituduh macam tu oleh emaknya sendiri...”
Benarlah, persepsi
― biar betapa tidak masuk
akal sekali pun, mencederakan. Mungkin hanya mereka yang mahu berhenti
sejenak ― untuk
berfikir, mampu mendepani kerja-kerja jahat
yang berterusan oleh para gerombolan dan agen-agennya ini. Apakah ini bermakna bahawa mereka yang malas
berfikir sentiasa saja dibaham oleh persepsi?
Bukankah yang sekolahnya tinggi-tinggi juga...begitu?
Apakah kita
tidak ingin ‘mengajar’ orang-orang Melayu berfikir? Orang-orang yang terlatih dalam bidang agama
seperti para aktivis Pas, lebih-lebih lagi para pemimpinnya ramai yang terlatih
dalam ilmu mantik ini, mampu berbuat sesuatu. Mungkin aspek-aspek
ini dapat diselitkan dalam ceramah-ceramah yang mereka anjurkan. Marilah kita bercerita dan berceramah tentang
'dosa' bertaqlid buta dalam kehidupan ini.
Ya, kita dedahkan orang-orang
Melayu supaya lebih biasa dengan proses berfikir. Proses berfikir yang lebih mendalam dan sistematik.
Dan yang
terakhir, tentunya laungan yang maha keras itu:
BERIKAN KAMI, RAKYAT MALAYSIA “AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL”!!!
(Woi Jang, mana cukup dengan baca manifesto aja???)
1 comment:
Saya fikir orang Melayu kurang fikir. Sebab itu mereka hanya ikut saja mana yang sedap dan rela ditipu...
Sebab itu Melayu suka beli barang cina walau pun mampu buat sendiri. Silalah komen idea2 di blog saya ok..http://gedungakal.blogspot.com/2012/06/meraikan-perbezaan-pendapat.html
Post a Comment