Thursday, July 19, 2012

Halal Haram Membodohkan Pembaca


Memerangi perbuatan membodohkan pembaca


Semalam (18 Julai 2012) terdapat dua buah berita menarik yang dilaporkan oleh Malaysikini. Pertama terdapat sebuah berita yang memaparkan pandangan seorang tokoh agama luar negara yang bercakap (fatwa?) tentang haramnya dari sudut agama menjatuhkan kerajaan yang sah. (Sebenarnya kita tidak tahu apakah agamawan Timur Tengah ini telah dicerahkan dan telah memahami sepenuhnya segala apa yang dilaporkan oleh Utusan Meloya itu.  Agaknya bila lagi nak dilaporkan sekelumit berita tentang haramnya merembat harta negara?)

Sila teliti: Haram to try to topple Muslim gov't, says Mecca cleric 12:11PM Jul 18, 2012 http://www.malaysiakini.com/news/203964



Sementara itu semalam 18 Julai 2012,  Penang Institute  telah menganjurkan syarahan oleh Tariq Ramadan, cucunya Hassan Al-Bana sebuah syarah bertajuk: ‘Islam, Democracy and Human Rights: The Awakening of the Muslim World’.   Pemikir dan filosof kontemporari dunia ini antara lain menggariskan enam prinsip asas pemerintahan yang perlu dilaksanakan demi untuk memecahkan cengkaman stereotaip pemerintah ‘negara-negara Islam’(?) yang tidak demokratik dan yang anti hak asasi manusia. 

Tariq menggariskan: rule of law, equal citizenship, universal suffrage, accountability, separation of powers and ethics in politics

Sila rujuk: Tariq Ramadan: Muslims must fight unjust laws


II.

Kedua-dua berita seperti di atas dapat dijadikan bahan rujukan.  Berita-berita ini dapat dibaca, diteliti dan dibandingkan isinya.  Setidak-tidaknya apabila misalnya, ‘seorang Melayu yang sangat yakin bahawa Umno itu wujud hanyalah untuk menjaga Melayu’ dapat mengetahui bahawa berita juga ada kelas dan darjatnya.  Ada berita maha besar dan maha agung yang dicanang setiap saat, setiap hari, setiap sudut, setiap penjuru dan sepanjang masa. 

Apabila ‘seorang Melayu yang MASIH sangat yakin bahawa Umno itu wujud hanyalah untuk menjaga Melayu’ membaca berita kedua iaitu pandangan cucu Hassan Al-Bana ini, dia akan ketahui rupa-rupanya ada juga berita yang begini.  

Dan setelah ‘seorang Melayu yang MASIH TERLALU SANGATLAH yakin bahawa Umno itu wujud hanyalah untuk menjaga Melayu’ berfikir sedikit mendalam, maka mungkin timbul soalan-soalan begini dalam kelapanya:

Apakah mesej yang mahu dipaparkan oleh Utusan Meloya itu?

dan

Apakah pula mesej yang TELAH digelapkan oleh Utusan Meloya selama ini?

dan

Apakah sebenarnya agenda Utusan Meloya itu?


III.


Apabila ada wartawan Utusan Meloya mendekati, apakah tindakan tuan yang terbaik?


No comments: