Monday, July 2, 2012

Ikhtiar licik terbaru


Kuasa dan PRU 13: Menggiring ke medan tempur yang baru


Sang Penguasa itu  telah memasuki gear kalut tahap kronik.  Ia ( bukan ‘dia’ tapi ‘ia’) menjadi kalut kerana tidak lagi yakin menghadapi PRU 13 nanti.  Ia kalut setelah melihat kempen Himpunan Hijau mendapat sambutan luar biasa di mana saja gerakan itu dibawa.  Ia kalut melihat rakyat Johor tidak lagi bersembunyi-sembunyi di sebalik perdu-perdu kelapa sawit atau pun rimbunan pisang, tapi sudahpun muncul di tempat-tempat awam untuk mendengar ceramah Pakatan.  Ia kalut setelah melihat stadium penuh sesak lautan hijau manusia.  Lalu ia pun berkata bahawa stadium yang penuh sesak belum tentu diterjemahkan menjadi undi!  Demikianlah gelagatnya. 

Di tengah-tengah kekalutan dan ketakutan yang amat sangat itu,  kita temui berita seperti ini: (Malaysiakini, “Kit Siang denies links with Kuan Yew” 5:40PM Jul 1, 2012).



DAP advisor Lim Kit Siang has rubbished Utusan Malaysia’s claim that he had once served as a press secretary to former Singaporean prime minister Lee Kuan Yew.

In a press release today, Kit Siang described the allegations as “downright lies”, pointing out that he was never involved with the PAP during his stint as a reporter in Singapore during the early 1960s.

Kit Siang clarified that he had worked “for a period” in the press section of Singapore’s Culture Ministry and was once the secretary-general of Singapore’s National Union of Journalist.

Utusan Malaysia is living up to its reputation as ‘lies-paper’,” said Kit Siang, referring to the Bisik-bisik column that appeared in Mingguan Malaysia, Utusan’s Sunday edition.

Written by the mysterious Awang Selamat, widely believed to be a pen name for Utusan’s senior editorial staff, the article claimed that Singapore will use DAP as a proxy to achieve its ambitions for Peninsula Malaysia.


Ringkasan mesejnya:  “Hubaya,  hubaya para Melayu sekalian, kamu bakal ditakluki!”


II.

Sila bandingkan petikan berita di atas dengan petikan teks di bawah ini:

“Masalah kualiti kepimpinan juga terkait rapat dengan gejala hilangnya kesedaran tentang maruah diri yang ditandai sifat tidak tahu malu.  Berapa ramai “pemimpin’ yang gagal, lemah, tidak berprestasi, korup, pecah amanah, menyalahgunakan kuasa, terlibat dalam pelbagai jenayah dan yang seumpamanya tetapi tidak berasa malu dan kerananya tetap tidak mahu melepaskan jawatannya.  Amalan keji dan memalukan seperti rasuah, sudah dianggap hal yang biasa, dan kerana itu ia dilakukan secara beramai-ramai seperti yang sering terjadi dalam pemilihan pimpinan parti politik.  Rasuah diperlunak dengan istilah permainan politik wang adalah suatu pencabulan terhadap prinsip demokrasi yang mendaulatkan kuasa rakyat.”


Pada paragraf lain, kita temui:


“Dalam budaya persaingan yang sudah terlepas dari kawalan prinsip dan nilai moral, yang naik bukan yang terbaik, tetapi yang lebih “tergamak” melakukan kecurangan.  Untuk mengamankan dirinya daripada gugatan, seorang pemimpin korup biasanya akan berusaha agar orang lain juga jadi korup. Apabila semuanya sudah sama-sama korup, maka tidak ada siapa pun yang akan berani menuding orang lain sebagai korup.”


Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu – Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Akademi Kajian Ketamadunan Kompleks Dar-al-Hikmah, 2012 (hal, 101- 102).


III.

Demikianlah Sang Penguasa itu - berhempas pulas IA meminta nyawa.  Dicarinya pelbagai ikhtiar supaya rakyat, khususnya orang-orang Melayu ketakutan.  Harapan Sang Penguasa ialah Melayu yang dalam ketakutan yang amat sangat pasti akan menerkam lalu memeluk erat-erat Sang Penguasa yang MAHAkuti licik itu.


  


 

    
 

No comments: