Skrip terbaru Rahmat
Rahmat
termenung. Sebenarnya dia lagi bingung. Mereka
telah ‘meminta’nya mengarang skrip yang baru.
Skrip terbaru lengkap dengan nota pesanannya sekali: Pementasan kali ini mestilah lebih cemerlang daripada
cerita Suak yang derhaka di Perak itu. ‘Paling’
terbaik, ia mestilah setanding dengan rempuhan kapal terbang Al-Kaedah di
WTC.
Skrip? Rahmat perlu bayangkan jalan cerita dan arahan
lakonan yang mahu dipersembahkan. Dia perlu
fikirkan siri aksi@lakonan yang mahu dilakonkan dan juga kata bual yang mahu
diucapkan oleh pelakon atau para pelakonnya.
Paling penting, Rahmat sudah
dapat bayangkan arahan-arahan pementasannya.
Ya, bagaimana pula dengan pentasnya?
Apakah lakonan itu dipentaskan solo seperti Adam di Chow Kit Road atau pun
seperti lakonan Sabri Yunus sebagai Kaab dalam MKDT, “Menunggu Kata Dari Tuhan”
atau pentasnya kali ini mestilah di tengah-tengah
laman pentadbiran terulung negara?
Apakah tembak menembak itu berlaku di dewan orang ramai sepertimana yang
berlaku di negara-negara luar? Tidak
syak lagi selain para pelakonnya, orang yang paling mereka andalkan untuk mengarahkan
dan menghidupkan lakonan adalah Rahmat, Sang
Sutradaranya.
Rahmat
teringatkan skrip silamnya. Misalnya apabila
terdengar sok-sek orang ramai bagaimana begitu ramai manusia mampu memasuki@disumbatkan
ke dalam sebuah kenderaan, Rahmat membuktikannya dengan mementaskan lakonan
semula dengan bantuan sekumpulan laskhar profesional. Rahmat masih teringat akan latarnya dunia nyata
tatkala Suak dipentaskan. Ketika itu Datuk
Bendahara sedang tenat sekali. Maksudnya,
ketika itu pemerintahan Bendahara sedang tenat sekali. Partai Islam sedang mengasak kuat ― kiri dan kanan, depan dan belakang ― kubu partinya Datuk Bendahara. Dan Datuk Bendahara memerlukan ruang untuk
bernafas dan menyerang semula. Maka
Rahmat pun diperintahkan untuk menghadap.
Rahmat beruntung kerana saat itu, Amerika dan sekutunya begitu gah sekali
memburu Al-Kaedah. Rahmat memutuskan
untuk tumpang sekaki. Lalu diciptanya Suak
yang cukup terkenal itu.
Ada lagi yang
masih segar di kepala Rakmat. Apabila
orang ramai bertanya kenapakah anak muda belasan tahun sampai ditembak mati di
Shah Alam, di antara bukti yang Rahmat keluarkan dan pamerkan di depan tv milik
Lelaki Anaknya Yatim adalah parang kontot. Maka berkatalah di antara penonton yang tidak kontot,
kecuali xxaknya: “Ya, anak muda sekarang sememangnya semakin
ganas”. Rahmat cukup lega mendengar tanggapan-tanggapan
yang sedemikian rupa.
Rahmat juga teringatkan
Memali. Dalam Memali, visual perempuan orang tua yang mengayun-ayunkan
parangnya masih lagi berbekas dalam otaknya walaupun itu adalah peristiwa
silam. Bagi Rahmat, tv di bawah jagaan Anak Lelakinya Yatim itu
begitu berselera sekali mahu menggambarkan aksi terus menerus@langsung seorang perempuan tua. Aksi seorang perempuan tua yang lagi bernafsu,
terhuyung hayang mahu memusnahkan sebuah pasukan keselamatan yang sudahpun
bersedia dengan tombak dan lembingnya.
Kata mereka
lagi, persembahan Rahmat kali ini mestilah mampu meyakinkan seluruh penduduk bahawa
kampung halaman kita sedang dalam bahaya yang cukup besar. Ada garuda, namanya agak pelik ― Pakatan Rakyat yang bakal menyerang istana. Maka Rahmat pun terfikirlah watak sepasang
orang kurang siuman yang mahu membunuh Datuk Bendahara di Bukit Seguntang.
Ya, akan kugunakan
watak-watak orang kurang siuaman ini, fikirnya.
Sebelum kita
berhenti , ini ada satu peringatan. Tuan
janganlah sampai terkeliru. Rahmat di
sini bukanlah sahabatku Rahmat (Sampah Seni) yang digusur Sang Penguasa Myanmar
tempoh itu. Ini Rahmat (ya, sama seperti
Awang Tidak Selamat itu) ― Sang
Sutradara ulung negara, pegawai penjaga keselamatan Datuk Bendahara.
No comments:
Post a Comment