Sunday, July 15, 2012

Struktur ini di Tikam Batu, Kedah.



Asalkan boleh menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit.


Satu ketika dulu, saya pernah melihat iklan-iklan PENTING seperti ini di sebuah JAMBAN (bukan jambatan) di Kelantan.  Entah apa yang difikirkan oleh manusia-manusia pencipta iklan ini - setiap kali mereka memasang iklannya. Apakah manusia-manusia jenis ini berfikir bahawa TANPA iklan-iklan seperti ini, orang ramai akan bayangkan bahawa struktur-struktur seperti ini pastinya dibina oleh Kerajaan Amerika, Kerajaan Siam atau pun Taliban?

Tingkah laku yang kurang sopan ini mengingatkan kita perangai seorang bapa kaki ungkit yang SENTIASA peringat-ingatkan anak-anaknya:


"Kalau tak ada PAPA pasti kamu semua tak jadi manusia!!"

Alangkah buruknya tingkah seorang bapa.

Baguslah,  semakin tak cerdiknya UMNO, maka semakin ramailah yang mencintai UMNO.





No comments: