Friday, July 20, 2012

To befool and mislead


Penipuan (to befool and mislead) sebagai taktik mempertahankan kuasa


Pihak British Penjajah Malaya pernah melakukannya semasa berdepan dengan tentangan sengit para penentangnya termasuk pejuang golongan kiri Melayu seperti Baharuddin CD, Ahmad Boestaman, Rashid Maidin atau pun Shamsiah Fakeh (sekadar menyebut beberapa nama) yang bekerja begitu keras sekali mahu menghalau British Penjajah keluar dari Malaya.  Sepertimana yang kita ketahui, beberapa nama besar golongan kiri ini akhirnya memasuki hutan dan bergerak dalam Regimen ke 10,  Partai Komunis Malaya. 

Ketika itu untuk mematikan penentangan yang gencar, sengit dan semakin sukar dikawal, kaedah yang berkesan telah direkacipta.  Sang British Penjajah itu menemui kaedahnya Pengisytiharan Darurat tahun 1948.  Ya, Darurat 1948 adalah senjata ampuh lagi berbisa yang telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengekalkan kuasa itu.  Dengan senjata Darurat, maka segala pemburu British Penjajah yang mahu dinyahkan dari Malaya, kini telahpun bertukar menjadi pihak yang diburu!  Para pejuang kiri dan Melayu yang mahu Malaya merdeka telah menjadi sasaran buruan.  Ya,  para penentang yang mahu menghalau Sang Penjajah keluar daripada Malaya telah digambarkan sebagai para penjahat zalim yang mesti diburu habis-habisan.  Senjata Darurat dan pengharaman Partai Komunis Malaya telah  dimanfaatkan sepenuhnya oleh British Penjajah.  PKM yang dilabelkan sebagai sebuah entiti@makhluk anti Tuhan diberikan gambaran yang tersangatlah jahat.   Akhirnya,  segala gerak kerja untuk menghalau Britih Penjajah dapatlah dikawal-bendung dan dinadirkan.

Label PKM yang katanya anti-Tuhan sangat berkesan untuk mematikan segala bentuk penentangan yang dihadapi Sang Penguasa.  Taktik dan strategi seperti ini dikitar semula, berulang-ulang kali dalam pelbagai bentuknya yang terbaru.  Amerika menggunakannya untuk terus mentekedarah minyak Timur Tengah.  Umno menggunakan untuk menghirup darah dan titik peluh rakyat negara ini.    


II.


Sila teliti berita seperti ini:

Sumber:  http://www.malaysiakini.com/news/204139  (Bayangkan di zaman Ahmad Boestaman telah ada internet dan fb…)

Police: JI and commies infiltrating opposition 8:52PM Julai 19, 2012



“Police Special Branch investigations have concluded that Jemaah Islamiah (JI) terrorists and former communists are infiltrating opposition parties and trying to be fielded as candidates in the coming general election.

This was revealed by assistant director of the E2 (M) national social extremist threat division head Mohd Sofian Md Makinuddin at the National Young Leaders Convention in Parliament today.”


III.


Puan Norlaila Othman dalam sesi kempen “Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA yang akan bermula pada 19 Julai ini dan tamat pada 25 Ogos 2012”  di KLSCAH, pada 8.30 malam 19 Julai 2012 telah menceritakan pelbagai sisi pengalaman ngeri yang terpaksa dilalui oleh seluruh keluarga apabila seseorang anggotanya ditangkap, dikurung sebagai korban tahanan ISA.  Sama seperti label anti-Tuhannya Komunis yang dicanang gencar British Penjajah dan para baruanya,  ISA juga diberikan labelnya.  Dan ISA juga ada stigmanya anasir jahat yang bakal menggugat keselamatan awam.  Kata Puan Norlaila lagi, rentetan peristiwa yang mesti dihadapi oleh seluruh keluarga begitu menyakitkan sekali.  Siri-siri penipuan, pembohongan, deraan, kezaliman yang dilakukan terhadap mangsa dan keluarga sesungguhnya amat tidak berperikamunusiaan.  Yang jelas,  penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa dan juga anak isteri cukup mengerikan seluruh keluarga mangsa, isteri dan anak-anak yang dizalimi merasakan kehidupan mereka telah menjadi neraka dunia neraka yang telah direkacipta kerana Sang Penguasa telah kehilangan kaedah@akal dalam mempertahankan kuasanya.   


IV.

Menurut Puan Norlaila,  ISA sebagai alat penderaan manusia ini menjadi mudah kerana beberapa sebab:

a) Mangsa naif.  Mangsa yang bersangka baik lagi naif memberikan kerjasama yang sepenuhnya kerana terlalu yakin bahawa alat-alat Sang Penguasa ini jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka.  Sebagai contoh, dia telah memberikan senarai nama dan alamat sanak keluarganya kerana yakin ini akan membantu ‘penyiasatan’.   Apa yang terjadi kemudiannya ialah seluruh keluarga itu tidak lagi berani mendekatinya.  Mereka sangat takut,  setelah digertak dan ditakut-takutkan dengan cerita yang menakutkan.

b) Rakyat Malaysia, rata-rata amat takut apabila seseorang itu dilabel sebagai tangkapan ISA.  Mat Sabu pernah menceritakan trauma yang dihadapi anak-anaknya di sekolah setelah dia dikurung di bawah ISA.  Namun baru-baru ini, di depan para penjawat awam Najib telah mengaku bagaimana para korban tangkapan ISA itu menjadi hero dan melonjak namanya setelah dimangsai oleh ISA.  Dalam konteks ini, kita boleh manfaatkan kaedah ini untuk memperjuangkan nasib baki 45 (termasuk warga asing?) orang tahanan yang masih lagi  dikurung itu.   

Bayangkan jika semua sekolah anak-anak para tahanan itu dikunjungi oleh penduduk tempatan dan luar,  secara berkala semata-mata untuk merayakan mangsa ISA sebagai hero@ pejuang dan bukannya anasir jahat sepertimana yang digambarkan oleh ISA yang celaka itu! 

Jika Sang Penguasa yakin bahawa yang dikurung secara haram itu adalah anasir yang bakal menjahanamkan keselamatan negara, bawalah mereka ke muka pengadilan.  Itulah permohonan para korban ISA dan itulah yang disebut Sdr Abdul Razak Mohamad, ayah seorang tahanan ISA  semasa kami bertemu di salah sebuah R&R ketika dia dan keluarga dalam perjalanan ke Kemunting...


Sebagai penutup mari kita teliti ayat-ayat berikut:

Surah 43: Az-Zukhruf:

54.  Thus he [(Fir’uan (Pharaoh)] befooled (and misled) his people, and they obeyed him.  Verily, they were ever a people who were Fasiqun (rebellious, disobedient to Allah).

55.  So when they angered Us, We punished them, and drowned them all.

No comments: