Wednesday, August 22, 2012

Proses kreatif Azizi Abdullah


Semalam, 21 Ogos 2012 hari raya ketiga, ketika bersama Sdr Alinor, di Taman Bersatu, Kulim kami perolehi khazanah lama almarhum Ustaz Azizi.  Sesuatu buat renungan bersama.   


Azizi Abdullah, Proses cerpen: Ia adalah seorang tukang & penganyam, Program penulisan MASTERA VII (bengkel Cerpen) di Bogor, Indonesia.  9 – 15 Ogos 2003.

 “Memang betul.  Satu petang, ketika penulis duduk di kepala tangga, penulis nampak satu rangka wau (layang-layang) yang dibuat daripada buluh. Rangka itu berkepala seekor burung.

Wau kepala burung itulah yang mencetuskan idea kemudian disalurkan kepada ingin menulis cerpen.  Bahan bantu yang sudah sedia ada ialah watak bapa, tabiat, dan sikap dengan cucu-cucu.”

...

Contoh yang lain pula.

Suatu hari penulis membaca akhbar berita luar negara.  Beritanya pendek, dua para saja, yang mengisahkan seorang isteri tua terpaksa menggergaji paha suaminya kerana ditimpa tiang simen dalam satu gempa bumi di Afghnistan.

Penulis amat tertarik.  Penulis gunting berita itu dan lekatkan di dinding.  Pada hari-hari yang lain atau waktu malam, apabila penulis melihat guntingan itu, penulis rasa seperti dicabar untuk menulis sebuah cerpen tentang kejadian itu kerana ketika penulis membaca buat pertama kali, ia sangat menyentuh hati.“




No comments: