Budaya: komponen 'ilmu'nya ditinggalkan!
Dalam
bicaranya tentang ‘budaya sebagai kuasa baru’ pada malam 19 Ogos 2013 di sebuah restoran
Nasi Arab, Gombak, Dato’ Mahfuz mengisahkan bagaimana masyarakat Melayu,
khususnya di luar bandar masih kental ‘budaya bawa telinga’nya. Sebagai contoh, dalam pertemuan atau pun
majlis-majlis ilmu masyarakat lebih selesa mendengar tanpa memberikan
tanggapan@respons. Namun ada satu
pengalaman yang baginya cukup menarik.
Dalam sesinya membincangkan belanjawan@bajet negara bersama-sama
masyarakat Melayu akar umbi di luar bandar ini ― mereka telah memberikan
pelbagai cadangan bagaimana rakyat kecil sepatutnya mendapat manfaat daripada wang
negara. Sesuatu yang cukup menarik!
Sementara itu
Prof Shaharir merujuk pandangan Sutan
Takdir Alisjahbana berhubung ‘budaya’ sepertimana
yang diungkapkan dalam Taj al Salatin (Mahkota Raja-Raja) iaitu gabungan ‘ilmu’ dan ‘adab’. Sekarang ini pengertian ‘budaya’ yang dibawa
ke mana-mana ialah ‘adab berbudi’ yang dikaitkan langsung dengan balasan. Jika kerajaan berbudi, maka rakyat perlulah membalasnya!
Lihatlah bagaimana
nasib malang telah menimpa ‘budaya’ ― komponen ‘ilmu’nya telah dibuang, jauh-jauh.
No comments:
Post a Comment