Pakatan Rakyat
dalam PRU13: Tidak bersedia, tidak cukup padu, tidak cukup sekata untuk memerintah
Malaysia.
Rumusan Clive
Kessler tentang masa depan Pakatan Rakyat selepas PRU13, dapat dibaca dalam artikelnya berjudul,
“Malaysia’s GE13: What Happened, What Now? (part 2)”. Berdasarkan pengamatannya dalam PRU13 yang
lalu, Clive telah menyerlahkan keadaan dan persoalan-persoalan yang berikut:
i) Pakatan
Rakyat sebagai pembangkang tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia bersedia untuk
memerintah Malaysia
ii) Pakatan
Rakyat tidak cukup berpadu, tidak cukup bersedia dan tidak bersatu hati untuk
memerintah negara
iii) Pakatan
Rakyat atau kumpulan mana saja yang tampil kelak sebagai Oposisi mestilah
menunjukkan kesungguhannya untuk memerintah dan bahawa ― mereka bukanlah
sekadar gabungan yang hanya muncul untuk “tidak bertanding, tidak berhentaman dan tidak
bermusuhan sama sendiri ” pada hari mengundi
iv) Sekiranya Pakatan
Rakyat dipilih menjadi Sang Pemerintah baru, ia berupaya melahirkan politik Malaysia yang
inklusif, demokratik ― sehingga menjadi wahana politik masa depan yang berkesan. Dengan ini Pakatan Rakyat mampu merangka dasar-dasar
baru yang jejak di bumi nyata dan munasabah untuk rakyat Malaysia.
v) Inilah
cabaran@tantangan terhadap pihak Oposisi Malaysia ini. Terlaksanakah cabaran ini? Mampukah segala cabaran dan tantangan ini dikuasai? Dan di bawah kepimpinan atau naungan siapa
kelak? Apakah di bawah kepimpinan Lim
Kit Siang dan Anwar Ibrahim atau di bawah kepimpinan sedia ada atau pun muka-muka
baru yang bakal muncul kelak?
2. Manakah bukti-buktinya bahawa memang benar Pakatan
Rakyat tidak bersedia memerintah Malaysia?
Alangkah
bagusnya jika ‘bukti-bukti' Pakatan Rakyat tidak bersedia itu dikupas
oleh siapa saja yang berminat dengan masa depan politik Malaysia yang lebih
baik; politik baru yang benar-benar baru lagi menyegarkan!
No comments:
Post a Comment