Sembang-sembang
di Cafe “Endless Possibilities”.
Dua orang
petani sedang borak-borak tentang bidang masing-masing. Petani Jawa, PJ (Johor) dengan kelapa
sawitnya sementara petani Sungai Korok, PK (Kedah) dengan tanaman ‘pokok beras’nya.
PJ: Saya rasa status kami di pelbagai Parit di
seluruh Negeri Johor sikit tinggi jika dibandingkan dengan pesawah-pesawah
Kedah. Kelapa sawit itu tanaman
komersial; harganya sentiasa diperhatikan oleh Gomen.
PK: Kami di
Kedah hanya ada pokok ‘beras’. Gomen
kasi subsidi dari A, B, C dan Z. Padi
benih pun, kami beli dari pembekal ― langsung dari kilang.
PJ: Untungkah tanam pokok beras? Kami sekali jual kelapa sawit, hasilnya ribu-ribu. Tuan-tuan bagaimana?
PK: Kami pesawah
diminta supaya lebihkan amal ibadat. Sebabnya
mudah. Padi itu makanan asas, staple
food negara. Jadi kami perlu berkorban
dunia dan akhirat. Kami perlu jaga
supaya negara selamat dari bencana kebuluran semasa negara kita ― misalnya, tiba-tiba gawat.
PJ: Oooo gitu.
Rugilah sdr kerana tanam ‘pokok beras’ ya!?
PK: Tak apa, tak apa. Kami redha.
Kami telah diamanahkan supaya menjaga supaya negara kita tidak kebuluran. Kebuluran bila padi di pasaran dunia tak ada@berkurangan
mungkin kerana bencana alam di seluruh dunia atau pun mungkin akibat peperangan.
PJ: Bahaya
juga tu. Kalau kita kehabisan beras,
kami bagaimana?
PK: Tak
apa. Tak apa, tuan-tuan boleh rebus
kelapa sawitlah!
PJ: Ya, tak ya
juga ya? Endless Possibilities!
No comments:
Post a Comment