Siapa yang
kunyah RASUAH?
Katanya untuk
memantapkan lagi kesan emosi kejijikannya, telah disarankan sesetengah orang
(kalau tidak salah, orang politik), dadah yang membunuh itu mestilah ‘dinajiskan’. Makanya sekarang ini kita temui frasa, ‘najis dadah’. Bila frasa ini disarankan, ada yang menyoal, “Sejak
bila dadah biologis sifatnya?”
Umumnya orang-orang
Melayu (katanya perlu digandingkan dengan ‘Islam’ supaya lebih lengkap) jijik
dengan khinzir dan anjing. Hatta, bekas-bekas
tapak kaki anjing pun dikira najis?
Namun ramai yang tidak begitu najis dan gerun dengan RASUAH. Bayangkanlah jika memakan RASUAH itu
digambarkan sebagai mengunyah sesuatu ― misalnya mengunyah daging.
Soalannya:
Apakah orang-orang Melayu (katanya perlu digandingkan dengan ‘Islam’ supaya
lebih lengkap), akan lari terbirit-birit meninggalkan RASUAH kerana terlalu takut
untuk mengunyah RASUAH?
No comments:
Post a Comment