SIRI KELANGSUNGAN PERJUANGAN SAID ZAHARI:
“MEMAHAMI UTUSAN - SIAPAKAH AWANG SELAMAT?”
SAID
ZAHARI merupakan ikon kepada kebebasan media di Malaysia pada 1961, dia
memimpin wartawan mogok kerana
membantah tindakan UMNO menguasai Utusan
Melayu. Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak bersimpati dengan
perjuangan UMNO. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu /
Malaya oleh Tunku Abdul Rahman yang
sudahpun menjadi Perdana Menteri Malaysia
dan Menteri Dalam Negeri.
Sejak
1959, UMNO ingin menguasai Utusan Melayu. Dua orang wakil telah berjumpa dengan
ketua editor Said Zahari. Apabila Said Zahari enggan bekerjasama, Said
ditukarkan serta-merta ke Singapura. Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan
Said Zahari memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.
Angkatan
Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (AKRAB) - Satu gerakan sosial yang
memperjuangkan kebebasan media dan membawa informasi ke kawasan luar bandar
supaya rakyat tidak dipengaruhi oleh alat propaganda politik. Sistem demokrasi
hanya boleh dijamin jika rakyat dapat membuat keputusan dengan informasi, fakta
dan analisa yang bebas dan bersifat kritikal akan melangsungkan " Siri
Kelangsungan Perjuangan Said Zahari"
Siri
pertama bertajuk "Memahami Utusan Malaysia - Siapa Awang Selamat"
akan diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan
Perhimpunan Cina KL & Selangor, akan membincangkan siapakah berada di
sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan Melayu, siapakah
perancang-perancang utama di dalam Utusan Melayu dan apakah sikap
pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan Melayu dan paling penting
siapakan Awang Selamat" yang bukan sahaja dilindungi oleh kerajaan untuk
melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai dan kebal dari tindakan
undang-undang.
Siri
pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan yang juga bekas
Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) untuk membicarakan tajuk
pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Profesor Zaharom Nain.
Hata
Wahari akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di dalam
Utusan sejak beliau menjejakkan kaki ke bangunan usang Utusan di 46 M Jalan
Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur18 tahun lepas.
Jangan
lupa untuk menyertai siri kelangsungan Perjuangan Said Zahari untuk mengetahui
Utusan dan mengapa ia bertindak apa yang dilakukan sekarang. Sila hubungi
012-2658448 jika ada sebarang pertanyaan.
Hata
Wahari, Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas
Liau
Kok Fah, Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
No comments:
Post a Comment