DEKLARASI KUALA LUMPUR MENGENAI RAMPASAN KUASA DI MESIR
Kami, peserta
Persidangan Serantau dan Antarabangsa Mengenai Pembunuhan Massa, Demokrasi dan
Hak Rakyat di Mesir, yang terdiri dari 200 peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Perancis, Turki,
Myanmar, Libya, Palestin, Mesir, pada hari ini 30 hb Ogos 2013 di Kuala Lumpur,
Malaysia:
- Berazam untuk mengangkat matlamat keadilan dan keamanan untuk kepentingan semua bagi kemanusiaan seluruh dunia,
- Dengan satu suara, kami menyatakan dengan tegas, mengutuk sekerasnya pembunuhan beramai-ramai, penahanan, penyiksaan orang awam oleh tentera Mesir. Walhal orang awam hanya menyatakan penolakan rampasan kuasa dengan aman dan mendesak pemulihan demokrasi awam untuk rakyat Mesir.
- Kami menolak label teroris yang digelar oleh tentera kepada para demonstrator yang menentang rampasan kuasa dan mengutuk serangan ganas tentera terhadap mereka yang sedang solat serta yang cuba berlindung di Masjid Fatah, yang mengakibatkan orang awam terbunuh.
- Kami menyatakan kemarahan dan kekesalan kami bersama jutaan rakyat Mesir terhadap keengganan US menerima tindakan tentera sebagai kudeta yang menggulingkan Presiden Dr Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat secara demokratik dan sah. Malah US tidak mahu menghentikan bantuan kepada tentera Mesir dan kerajaan yang tidak sah sedangkan undang-undang US tidak membenarkan bantuan kepada negara yang diperintah oleh tentera.
- Kami percaya US mempunyai hubungan dengan tentera Mesir untuk memastikan tugas penting Mesir selepas Perjanjian Kem David 1978 ialah untuk menjamin sekuriti Israel.
- Kami kesal media milik kerajaan Mesir yang menghasut rakyat untuk melakukan keganasan terhadap anggota Ikhwan Muslimin dan kumpulan penentang kudeta . Keganasan tentera tidak mungkin berlaku jika tidak dengar restu US.
- Kami yakin demonstrasi June 30 hb 2013 yang melanjut kepada kudeta adalah "counter revolution" yang didalangi oleh Old Guards regim Mubarak untuk merampas kuasa dari Presiden yang dipilih secara demokratik selepas Revolusi 25hb Januari 2011.
- Kami memperakui suara rakyat Mesir dan di seluruh dunia yang menentang kudeta Julai 3 hb 2013 Mesir dan kami mengkagumi keberanian menentang regim diktator militari.
- Kami memperakui status hak rakyat Mesir telah dapat diperkasakan, selepas revolusi January 25hb 2011, tetapi telah dibajak oleh tentera Mesir yang didokong oleh US dan beberapa pemimpin negara Arab yang menggerakkan konspirasi bersama penyokong Hosni Mubarak untuk mengkhianati kehendak rakyat.
- Kami kesal dan mengutuk dengan sekerasnya pembunuhan massa dan penindasan ke atas rakyat Mesir digalakkan apabila agensi seperti PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak berbuat apa-apa, yang mengakibatkan majoriti rakyat Mesir menjadi mangsa.
- Kami kesal banyak negara Islam kecuali hanya beberapa negara seperti Turki, membisu dan tidak mengecam kudeta dan keganasan tentera Mesir yang dilancarkan atas nama “interim government” memerangi " teroris ".
- Kami kesal dan mengutuk hipokrasi US yang masih secara langsung menyokong regim tentera untuk menjaga kepentingannya terutama untuk menguasai sumber minyak di timur tengah dan menjaga kepentingan Israel
- Kami yakin rampasan kuasa di Mesir adalah agenda besar kuasa Barat untuk menghalang dan membataskan keupayaan gerakan Islam dengan memecahbelahkan umat Islam. Kebangkitan Islam dianggap ancaman kepada kuasa Barat sekular.
- Kami mengambil perhatian berat terhadap tindak regim tentera Mesir telah menutup pintu Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Gaza melalui Mesir melalui darat. Kini Gaza terputus bekalan makanan, ubatan, minyak dan keperluan harian yang mendapat sebahgian besar bekalan dari Mesir. Tindakan tentera menutup pintu Rafah dan memusnahkan terowong adalah tindakan yang tidak berperikemanusian.
Kami bertekad dan beriltizam
Untuk respon secara efektif kepada kezaliman tentera Mesir dan mengutuk
tindakan Jeneral Abdul Fattah Al Sisi sebagai penjenayah, yang mengakibatkan
ribuan rakyat awam terbunuh, tercedera, ditahan dan disiksa,
Kami menegaskan komitmen:
- Untuk memperjuangkan hak dan martabat rakyat Mesir mendapatkan kerajaan awam yang bebas dan adil seperti yang diungkap dalam Piagam PBB dan Deklarasi Hak Manusia PBB dan pelbagai pernyataan oleh agensi undang-undang hak manusia yang lain.
- Untuk memperkasa pemerintahan awam, demokrasi dan aspirasi rakyat Mesir yang dijamin oleh prinsip Islam dan Piagam PBB.
- Mengecam beberapa pemimpin Arab seperti Arab Saudi, Emirate Arab Bersatu , Qatar dan Kuwait yang bersekongkol dengan Israel mengistiharkan menyokong kerajaan regim tentera. Mereka memperhambakan diri kepada kehendak US dan Kuasa Eropah. Malah mereka membiayai konspirasi rampasan kuasa serta menyalurkan berbilion dolar untuk menyokong regim tentera Mesir.
- Berkomitmen untuk memberi fokus kepada kesatuan ummah untuk menghadapi cabaran kepimpinan negara-negara dan institusi yang menyokong regim diktator tentera. Kami sedar agenda memecahbelahkan umat Islam akan terus dilaksanakan sebagai suatu strategi untuk menguasai sumber bumi umat Islam dan menyekat kebangkitan Umat di negara-negara Islam.
Kami yakin :
- Pilihanraya parlimen dan Presiden pada tahun 2012 yang dilakukan secara demokratik selepas revolusi 2011 adalah kuputusan yang sah oleh majoriti rakyat.
- Pembatalan kemenangan ahli parlimen oleh Hakim Mahkamah yang dipilih dalam pilihanraya yang sah pada Julai 2012 serta rampasan kuasa oleh tentera pada 3 hb Julai 2013 adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan prinsip demokrasi dan menafi hak rakyat Mesir.
Akibat penahanan Dr Muhammad Morsi sebagai
Presiden yang dipilih secara sah dan demokratik yang merupakan tuntutan rakyat
dalam Revolusi 2011 untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, regim tentera telah
mengkhianati semangat revolusi tersebut.
Kami berazam :
- Melancarkan kempen antarabangsa untuk menuntut pemerintahan tentera Mesir mesti ditamatkan dan demokrasi perlu dipulih serta penindasan mensasarkan kelompok anti kudeta mesti dihentikan.
- Menyatukan dan menunjukkan solidariti dengan rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menentang regim tentera yang tiranikal.
- Kami menetapkan :
- Memastikan hak rakyat Mesir untuk menuntut agar Dr Mohammad Morsi diletakkan semula sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang betul ,
- Menyokong semua usaha untuk membantah dan menentang penindasan regim tentera Mesir yang mensasar Ikhwan Muslimin dan kelompok penentang kudeta.
Kami menyeru :
- Pemulihan demokrasi yang mengabsahkan pemilihan secara demokratik yang memenangkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden mesti dipertahankan dan pihak yang menghasut dan memulakan keganasan hendaklah dibawa ke muka Keadialan dan yang didapati bersalah dihukum mengikut undang-undang negara Mesir .
- Supaya semua intimidasi yang didalangi oleh tentera Mesir yang mengupah kelompok samseng dan mafia untuk mencetuskan huru hara dan dengan itu menuding kelompok anti kudeta melakukan keganasan adalah sangat terkutuk dan perlu dihentikan .
- Supaya semua tahanan dan yang disiksa secara kejam dibebaskan dan semua mangsa tersebut perlu dibayarganti rugi yang setimpal dan adil
- Ketika President Morsi sudah diletakkan semula sebagai Presiden yang sah, proses rekonsiliasi perlu diushakan.
Kami menuntut :
- Usaha secara sepadu dari masyarakat sivil di seluruh dunia khususnya serantau untuk mengembleng rakyat membantah secara meluas dengan menganjurkan demonstrasi untuk menyatakan sikap menolak kudeta dan pembunuhan massa di Mesir.
- Rakyat Mesir bangkit menentangkan kuasa Tentera dan menjatuhkan regim diktator tentera dan menuntut pembunuhan massa oleh pihak keselamatan.
- Kami menuntut Setiausaha Agong PBB untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan Perkara 7 dalam Piagam PBB supaya menghentikan serta merta pembunuhan orang ramai dan memulih demokrasi di Mesir. Perkara 7 untuk memberi kuasa Majlis Keselamatan mengenakan sanksi ke atas tentera dan Mesir
Kami mengesa OIC dan Liga Arab untuk mengutuk
jenayah tentera Mesir dan menggantung keanggotaan Mesir seperti yang dilakukan
oleh Kesatuan Afrika.
- Kami menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil sikap yang lebih jelas dan mengambil inisiatif untuk mengutuk dan mendesak PBB dan OIC menggunakan pengaruh mereka menghentikan pembunuhan oram awam dan memulih demokrasi di Mesir.
- Kami menyeru semua NGO dan masyarakat sivil melancarkan demostrasi besar-besaran di kedutaan Mesir di seluruh dunia supaya jenayah tentera Mesir di bantah sekeras-kerasnya.
Mendesak semua ahli parlimen dan pertubuhan
ahli parlimen diseluruh rantau dan dunia supaya menekan Mesir menghentikan
pembunuhan dan penindasan ke atas kelompok anti kudeta dan golongan Ikhwan
Muslimin dan menuntut kerajaan sivil
dikembalikan sebagaimana yang telah dipilih orang rakyat dalam pilihanraya yang
sah.
Kami mendesak UN mengarahkan supaya pintu
Rafah dibuka untuk rakyat Gaza mendapat
semula bekalan keperluan dan pendudukannya boleh mempunyai akses kepada laluan
ke Mesir dan dunia luar.
Kami memutuskan
:
- Menubuhkan sekretariat bersama antarabangsa untuk menangani isu kudeta Mesir dan melancarkan kempen antarabangsa secara terkoordinasi untuk membebas Mesir dari regim diktator tentera .
- Mengushakan gesaan kepada kerajaan untuk menuntut Majlis Keselamatan PBB supaya mengenakan sanksi ke atas Mesir.
- Melancarkan advokasi kepada kerajaan-kerajaan untuk menyemak semula perhubungan resmi dengan Mesir sehingga hak demokrasi dan kebebasan rakyat dipulihkan .
- Menyediakan mobilisasi antarabangsa untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk menubuhkan Suruhanjaya Inkuari untuk menfail bukti jenayah yang dilakukan oleh tentera dan dibawa kes dakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
No comments:
Post a Comment