Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pas-cadang-kaji-balik-hubungan-dengan-pkr
Ulama PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR
September 14, 2013
Latest Update: September 14, 2013 03:11 pm
Latest Update: September 14, 2013 03:11 pm
Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar PAS
mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.
"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah
berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di
dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama
Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.
Hampir 1,000 pemimpin PA di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang
diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.
Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan
dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.
Multaqa Ulama PAS yang diadakan di Alor Setar hari ini. Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi
Parlimen dan hilang kerajaan Negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi
Parlimen dan menang di Kedah.
Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu
jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan
pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.
Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara
faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu
diberikan perhatian, “ kata Harun – 14 September, 2013.
No comments:
Post a Comment