“...but their
weakness is that they are always quarrelling among themselves”
Dalam buku “AWAKENING
– The Abdullah Badawi Years In Malaysia,
Edited by Bridget Welsh and James U.H. Chin, SIRD (Strategic Information
and Research Development Centre), Petaling Jaya. 2013: 26-27 kita temui soalan
ini oleh Bridget:
Bridget Welsh: Where do you see PAS going?
Tun Abdullah Badawi: PAS would like to position itself to take over
from UMNO. They want to play the lead role in their coalition should the
opposition win. However, their leadership role will be limited as both PKR and
the DAP are dominant in their views.
Within BN, UMNO, because of its sheer numbers and because of the
historical background, has always been viewed as the senior partner. The other BN components also trust us to play
the role because we have been fair and just with them. I am not sure PAS can play that role within
Pakatan.
Bridget Welsh: What do you think are the strengths and weaknesses
of the Opposition?
Tun Abdullah Badawi: I am not sure about their strength but their
weakness is that they are always quarrelling among themselves. That’s the worst thing.” ...
Pemerhatian:
1) Sebagai perbandingan,
peranan PAS dan UMNO sebagai parti komponen
dalam gabungan (masing-masing Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional) kerap
dijadikan isu. Semasa rakyat Malaysia semakin
menghampiri 5 Mei 2013, tarikh PRU13 itu, mereka yang cenderung untuk memperjuangkan
dan mempertahankan ‘ketuanan Melayu-Islam’ UMNO, begitu kerap membawa isu ini ke
dalam fb masing-masing. “Sebagai sebuah parti gabungan, PAS tidak dominan seperti UMNO”.
Lebih teruk
lagi, PAS sering diperli dan
dipermain-mainkan sebagai kuda tunggangannya DAP dengan kata-kata yang tidak layak
dibawa ke dalam majlis. Walaupun ada
pihak dalam PAS yang cenderung melihat bahawa semua itu hanyalah dan tidak
lebih daripada propaganda murahan UMNO semata-mata (parti yang selalu dikatakan
bakal dikuburkan tidak lama lagi), sebenarnya ia adalah cabaran yang MESTI dihadapi
dengan tuntas oleh Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi oleh PAS sendiri.
Sudahkah isu-isu
strategik seperti ini ditangani sedemikian rupa sehinggkan orang-orang Melayu benar-benar
yakin bahawa sesungguhnya semua itu sememangnya tohmahan UMNO semata-mata? Atau hujah-hujah balas
yang dibuat sebelum PRU13 itu memadai dengan mempamerkan dan menjaja slogan “PAS
ganti UMNO’ yang tersohor itu? Ini satu
contoh sederhana kenapa dan mengapa PAS perlukan soalan-soalan seperti “Apakah
kaedah perjuangan kita selama ini sudah mencukupi?”
2) Mari kita
ambil satu lagi contoh. Dalam konteks “They
want to play the lead role in their coalition should the opposition win” itu, sebenarnya sudah ada peluang yang boleh dan perlu
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh PAS sebelum tamat edah PRU13 sekarang
ini. Peluang keemasan untuk membuktikan
bahawa di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, PAS dan seluruh
jenteranya sememangnya berkesan. Ertinya
PAS mampu membuktikan bahawa di negeri-negeri itu, komponen pentadbiran PAS
dalam kerajaan-kerajaan negeri itu sangatlah cemerlang. Ertinya PAS TIDAK perlu
tunggu untuk ke Putrajaya bersama DAP dan PKR untuk membuktikan bahawa mereka
layak. Bagi kita tugas ini bukan sekadar
terbeban dan dibebankan ke atas batu jembala segala Exco PAS dan pasukannya di
Selangor dan Pulau Pinang tetapi juga ke atas seluruh jemaah PAS sebagai satu
parti ― sebagai
satu organisasi.
Misalnya jika
ada masalah disiplin yang MESTI diselesaikan dengan segera, maka masalah
disiplin itulah yang MESTI diurus dengan tindakan yang mantap (tindakan yang
mantap ini tidak termasuk ‘tindakan’ berdiam diri dan berpura-pura seolah-olah di
sana tidak ada sebarang masalah disiplin) kerana pengurusan disiplin yang
mantap bukan saja meningkatkan lagi keyakinan seluruh rakyat, tetapi pengurusan
disiplin yang mantap dan berkesan akan menguatkan lagi PAS sendiri sebagai
sebuah organisasi.
Ada lagi cara untuk
membuktikan bahawa PAS TIDAK perlu tunggu sehingga ke Putrajaya bersama-sama
DAP dan PKR untuk membuktikan bahawa ia layak dan berkesan jika dibandingkan
dengan UMNO. Misalnya jika ada
universiti negeri yang mesti dikendalikan, maka universiti negeri itulah yang semestinya dikendalikan
selayaknya sebagai sebuah IPT sehingga ia muncul menjadi contoh atau model kecemerlangan
sebuah IPT.
Mungkin dalam
konteks pengurusan pendidikan tinggi ini, setdak-tidaknya kita boleh belajar dengan
melihat bagaimana universiti-universiti negara itu merudum diurus oleh Umno. Mungkin kita boleh melihat dengan jelas betapa
benarnya kata-kata, bahawa “Let managers
manage” itu tidak boleh diganti dengan nafsu dan kuasa politik semata-mata.
Dan persoalan seterusnya
― “is that they are
always quarrelling among themselves” itu kita tinggalkan untuk renungan
bersama. Sebelum menutup dalam konteks “always
quarrelling among themselves” ini, ada satu soalan yang selalu muncul dalam
kepala:
Dalam PRU13
yang lalu, di saat-saat akhir, DAP menyerang
Johor bagaikan seekor garuda yang luka, serangan yang bakal meranapkan seluruh
negeri itu. Dalam konteks ini, apakah
Pakatan Rakyat ― sebagai
satu gabungan ― berbincang
bahawa itu adalah strategi bersamanya?
Ini bermakna Pakatan sebagai satu entiti bersetuju agar DAP menyerang
dengan gencar sekali kerana itulah strategi Pakatan Rakyat? Atau strategi yang ada ketika itu ialah “kita
lawan!”? Ada yang berpendapat bahawa serangan
ala garuda luka DAP itu begitu menakutkan orang-orang Melayu. Dan ini telah memudahkan lagi kerja-kerja memantapkan fear
factornya UMNO.
No comments:
Post a Comment