Ya, kita perlu kembalikan harga diri itu
Mari kita
perhatikan dua buah petikan di bawah ini.
Yang pertama dari sebuah buku yang ditulis dalam tahun 2002. Ketika itu Chandra masih lagi Timbalan
Presiden Parti Keadilan. Sementara petikan
kedua, kita sedut dari laman digital
Malaysiakini versi Melayu yang ditulis pada jam 5:53PM Sep 12, 2013 iaitu jawapan seorang pembesar Negara di
zaman silam dan juga di zaman ini berhubung ‘Projek IC’ Negeri Sabah yang
tersohor itu.
Petikan Pertama
Sumber: New Voices of Islam, Farish A. Noor, Leiden,
ISIM, (International Institute for the Study of Islam), 2002: 46
What the Muslim World Needs More Than Ever Is a Culture of
Dignity
Interview with Chandra Muzaffar
Farish: What
then are the conditions necessary for the creation of a progressive school of
Islam? Is this even possible today?
Chandra: I certainly
feel that is possible for us to develop a modern, progressive, and accommodative
school of Islam. There is ample evidence from the past that shows that this was
the case before. Just look at certain
periods of Abassid, Ummayad and Uthmaniyyah [Ottoman] Caliphates or the Andalusian
empire in Spain.
For this effort to succeed today, we need to address the pressing
realities of the immediate present and not dwell in homesick nostalgia for the
past. But for that to happen what we
need most of all in the Muslim world is a political culture that shows through
deeds ― not words― that it values human
dignity. To nourish human dignity, a
democratic environment is essential.
Thus far the struggle for democracy in the Muslim world has not gotten
very far. There is hardly a Muslim country that can call itself truly
democratic, and some, like Saudi Arabia and Afghanistan, have openly stated that
their ideologies opposed to democracy on ostensibly Islamic ground.”
Petikan Kedua:
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/240974
“Dr M: Kenapa Anwar tak hentikan ‘Projek IC’?
Oleh: Billy Boey .
5:53PM Sep 12 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang mempersoalkan mengenai
'Projek IC' sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis dakwaan bahawa
beliau berbohong ketika memberi keterangan di persidangan suruhanjaya siasatan
diraja (RCI) apabila menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai 'Projek
IC'”.
Katanya, golongan yang mempersoalkan perkara tersebut sepatutnya bertanya
mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu
berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.
Mahathir tanpa menamakan Anwar berkata "seorang pemimpin Pakatan Rakyat" yang berkhidmat sebagai timbalannya tidak pernah mempersoalkan mengenai 'Projek IC' itu.
Mahathir tanpa menamakan Anwar berkata "seorang pemimpin Pakatan Rakyat" yang berkhidmat sebagai timbalannya tidak pernah mempersoalkan mengenai 'Projek IC' itu.
2.0 Pemerhatian sepintas lalu
Kita belum lagi
mendengar apakah reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung taktik, teknik serta
kaedah ― termasuk
apanamanya yang namanya putar belit ― Orang Besar Yang Satu (OBYS) ini bersilat lidah setiap kali dianya berdepan dengan pertanyaan. Bukankah baru semalam OBYS ini muncul sebagai
saksi RCI? Mungkin penjelasan mantan Timbalannya itu menarik untuk
dinantikan.
Sebenarnya
bukan perangai OBYS yang kerap sekali kumat penyakit-lupa-bermusimnya itu (‘the
very’ frequent relapse of its seasonal amnesia) yang mahu dibicarakan di sini. Yang menarik untuk direnungi ialah hubungan
di antara sikap serta tingkah laku manusia dalam menghadapi cabaran pada waktu-waktu
tertentu. Yang jelas petikan antara lain
memperlihatkan bagaimana seseorang manusia-pemimpin itu menanggapi sesuatu isu dan
bagaimana dia memperlihatkan pegangan hidupnya, pendiriannya serta risiko yang terpaksa
dihadapinya berhubung tindakannya semasa berdepan dengan sesuatu isu itu.
Ini bermakna tindakan
seorang manusia-pemimpin dalam menghadapi sesuatu isu itu berkait-rapat dengan pegangan
hidupnya sebagai seorang insan. Kepercayaan atau nilai yang dihayati
manusia-pemimpin itu pada ketika itu menentukan sikap serta tindakannya. Sebagai contoh, kita telah membaca dan mendengar
bagaimana tragedi bail-out 1989 itu diriwayatkan. Bagaimana ia menjadi punca peperangan terbuka
di antara mentor dan bekas anak emasnya sehingga anak didik kesayangan itu
terpelanting ― bukan
ke Ceruk Tok Kun ― tapi ke
Sungai Buloh. Dalam lipatan sejarah
negara kita, di sana ada catatan peristiwa besar berhubung prinsip dan
pertanggungjawaban terhadap tugas, jawatan dan amanah yang datang bersamanya.
Jika diteliti contoh
petikan pertama iaitu pandangan Chandra Muzaffar, kita dapat melihat betapa
benarnya pandangan yang telah diungkapkannya itu. Dan dalam memberikan penjelasan terdapat
ungkapan yang jelas, menarik dan begitu ‘puitis’ sekali. Aduh, betapa terujanya dengan ungkapan ini:
i) To dwell in homesick nostalgia for the past
ii) what
we need most of all in the Muslim world is a political culture that shows
through deeds ― not
words ― that it
values human dignity.
iii) To
nourish human dignity, a democratic environment is essential. Thus far the struggle for democracy in the
Muslim world has not gotten very far.
iv) “There is hardly a Muslim country that can call
itself truly democratic, and some, like Saudi Arabia and Afghanistan, have
openly stated that their ideologies opposed to democracy on ostensibly Islamic
ground.”
Sayang sekali
yang mengucapkan pandangan yang begitu bernas seperti di atas sudah
meninggalkan kapal ‘asal’nya.
Apakah semua ini
terjadi kerana dorongan sebab-sebab tertentu yang tidak mudah kita fahami dan difahami,
sehinggakan manusia-pemimpin yang hebat-hebat sekalipun terpaksa mengubah tiang
‘pegangan hidupnya’?
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment