Nyamuk!? Jangan
sekali-kali kau pandang ringan
Semasa mengharungi
kerancakan kempen pilihan raya kecil Lunas yang menyaksikan kemenangan
Saifuddin Nasution, ada seorang menteri besar menggambarkan Anwar Ibrahim itu nyamuk. Waktu itu aku masih lagi seorang pegawai
kerajaan maka sesekali aku pun berpeluang mendengar bagaimana sesetengah orang-orang
Umno menyamukkan Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu mereka semua kerumuni
seperti ulat menghurungi ketul ‘taik’. Menteri
yang turut berkempen waktu itu termasuklah Effendi Nawawi, menteri pertanian. Label nyamuk ini bukan untuk Anwar Ibrahim
saja. Ada penulis yang melabel akhbar-akhbar
kecil yang mencendawan pabila hujan itu sebagai akhbar nyamuk. Ya, terdapat artis-artis yang baru belajar mencuba
nasib di dunia glamour yang memilih akhbar nyamuk untuk mensensasikan diri. Sehingga ini saya belum dengar label atau
baca blogger nyamuk. Jadi jika ada yang dilabel
sebagai blogger nyamuk, fahamlah kita akan
maksudnya.
Mantan Menteri
Besar yang telah menyamukkan musuh politik Umno itu di depan ketua-ketua
Jabatan telah lama bersara di Kubang Rotan. Sekarang ini dia tentu melihat sendiri bagaimana
nyamuknya itu masih juga belum punah-punah sepertimana yang digambarkannya ― seekor nyamuk. Ya, ternyata nyawa politik nyamuknya ditakdirkan
masih panjang dan masih liat walaupun Utusan telah lakukan segala yang mungkin
untuk menjahanamkannya. Nyamuk
politiknya masih juga tegak di pesada politik tanah air walaupun ada komponen
partinya yang tidak mahu dia menjadi perdana menteri sekiranya Umno/BN dikalah
dalam PRU13 yang lalu. Ada yang rela
mengimport seorang gurkha untuk dijadikan calon CEO Malaysia yang baru.
2.0
...
“Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua”
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua”
Usman Awang
1970”
1970”
Nyamuk
mengingatkan aku kepada “Salam Benua”nya Usman Awang. Yang mengingatkan aku tentang betapa kecilnya
makna pasport dan visa ialah nyamuk. Bila
difikir-fikir makhluk seperti apa lagi yang mampu menerobosi segala sempadan
tanpa paspot dan visa? Ia mungkin
bertelur dan jentik-jentiknya menetas di seberang mukim tapi ia boleh membunuh segala
penghuni satu taman. Bukankah Namrud yang
maha zalim itu terkorban dan dikorbankan angkara seekor nyamuk?
Makanya
tersilap besarlah menyamukkan seorang manusia.
Bukankah begitu?
No comments:
Post a Comment