DEKLARASI
HARI HABITAT SEDUNIA 2013
RAKYAT
MAHU RUMAH
BUKAN
MENARA WARISAN!
|
Pada 2012, dalam Budget 2013 , Perdana
Menteri beria-ia mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini dengan mudah
dapat memiliki rumah mampu milik yang berharga RM100,000 hingga RM400,000.
Kerajaan juga akan membina 123,000 unit rumah dengan kelonggaran maksimum dalam
memiliki rumah pertamaku. Tapi apakah 70% rakyat Malaysia dengan pendapatan
seisi keluarga kurang daripada RM3000 dapat memiliki satu rumah
mampu milik? Adakah PR1MA ini telah menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia
terutamanya di bandar –bandar besar.
Sejak 10 tahun kebelakangan ini harga hartanah di Malaysia melonjak sangat
tinggi. Bukan itu sahaja, kos sara hidup juga telah meningkat begitu tinggi
sekali sehingga gaji RM 3000 pun tidak cukup untuk hidup sekarang. Maka dalam
keadaan ini apakah pilihan rakyat untuk memiliki satu rumah yang “decent”?
Bukan itu sahaja, keghairahan kerajaan dalam membelanjakan wang dalam
projek-projek yang tidak memanfaatkan rakyat seperti pembinaan Menara Warisan
yang akan menelan belanja lebih kurang 5 billion tidak membantu dalam
penyelesaian isu perumahan rakyat.
Apakah fungsi Menara Warisan 100 tingkat kepada rakyat, manakala ramai
rakyat Malaysia masih tidak mempunyai rumah yang selesa mahupun rumah untuk
tinggal? Bukan setakat tiada rumah, tetapi tindakan kerajaan yang membenarkan
syarikat seperti Kilang Lynas beroperasi di Malaysia, merosakkan habitat rakyat
dan mengancam nyawa rakyat.
RUMAH RAKYAT SARANG BURUNG! MENARA DIBINA
BAGAIKAN ISTANA KACA!
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) sempena Hari
Habitat Sedunia pada 7 Oktober 2013 menuntut kerajaan
mengimplementasi Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, 1986 yang
ditandatanganinya. Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan
keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa dan memberi komitmen
untuk menyediakannya untuk rakyat. Akan tetapi apakah langkah –langkah
yang diambil selain daripada polisi –polisi kosong ?
Di peringkat Antarabangsa hak perumahan dan petempatan untuk setiap manusia diberikan
keutamaan dan dijamin melalui resolusi-resolusi antarabangsa.
Resolusi-resolusi ini memastikan dan menjamin sesebuah kerajaan harus
menyediakan perumahan yang mencukupi dan selesa kepada setiap rakyatnya.
Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani beberapa resolusi antarabangsa.
Antaranya yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia adalah Deklarasi
Habitat Agenda 1992 , Agenda 21 dan Resolusi Suruhanjaya Persatuan
bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Perumahan 1993.
Di Malaysia polisi-polisi dan pelaksanaan
perancangan perumahan oleh kerajaan seringkali dipertikaikan oleh rakyat
mahupun badan-badan bukan kerajaan. Kerajaan Malaysia demi merealisasikan
pembentukkan Negara maju telah dan sedang mengabaikan kepentingan perumahan dan
petempatan golongan berpendapatan rendah seperti pekerja-pekerja
Ladang, masyarakat kampung, masyarakat peneroka Bandar (setinggan), masyarakat
Orang asli/orang asal, masyarakat nelayan, masyarakat petani, masyarakat miskin
Bandar dan juga kelas pertengahan bandar.
Akibat harga rumah yang melambung tinggi masyarakat miskin dan kelas
pertengahan Bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. Masyarakat peneroka
Bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang
mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang
tanpa sebarang perumahan alternative.
Polisi-polisi Kerajaan yang membenarkan pelaburan asing di Malaysia kini
mengancam kehidupan rakyat. Perlombongan emas dengan menggunakan cynide dan
nadir bumi projek LYNAS di Pahang banyak mengundang ancaman kepada kesihatan
penduduk yang tinggal disekitarnya. Kegagalan kerajaan Malaysia mengawal
pembalakan haram serta pembangunan kawasan hutan (yang tidak terancang)
menyebabkan masyarakat Orang asli/asal kehilangan tempat tinggal dan juga Tanah
Adat yang sangat bernilai pada mereka.
Bukan itu sahaja, kelas pertengahan juga menghadapi masalah memiliki rumah
kerana harga rumah melambung tinggi dan banyak spekulasi berlaku dalam sektor
hartanah.
Dalam keadaan ini, kerajaan pula berbelanja dengan boros untuk perkara
–perkara seperti pembinaan Menara Warisan –RM 5 billion, rumah terbuka Perdana
Menteri – RM 2.88 dan menjadikan Pejabat PM bangunan hijau – RM 110 million,
Projek MRT ( Lembah Kelang ) –RM 43 billion dan sebagainya. Kalau
kerajaan menggunakan duit rakyat untuk projek mega sebegini, bagaimana ia boleh
menyelesaikan isu perumahan rakyat ?
Isu perumahan rakyat biasa semakin hari semakin teruk dimana harga rumah
adalah terlalu tinggi sehingga rakyat biasa tidak dapat memilikinya, masalah
rakyat “homeless” meningkat dan habitat rakyat diancam dengan projek mega
ataupun projek yang membahayakan nyawa rakyat.
Adalah tugas sebuah kerajaan untuk memastikan keperluan asas rakyat
dipenuhi. Rumah adalah satu keperluan asas. Maka perlulah kerajaan Malaysia
menggariskan satu polisi perumahan rakyat yang berfaedah dan mengutamakan isu
ini daripada membelanjakan untuk projek mega. Kerajaan harus mengambil kira
semua lapisan masyarakat dalam menangani isu perumahan dan bukan hanya fokus
kepada ‘vote bank”.
Perumahan untuk semua!
Kenyataan bersama ini disokong oleh:
1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2. Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
3. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
4. Kelab Bangsar Utama
5. Dapur Jalanan Kuala Lumpur
6. Malaysians Against Death Penalty and
Torture (MADPET)
7. KL Selangor Chinese Assembly Hall Youth
8. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan
KL
9. Pemuda Persatuan Murid- Murid Tua Sekolah
Serdang Bharu
10. Persatuan Penduduk Taman Muhibah
11. Persatuan Masyarakat Selangor dan
Wilayah Persekutuan (PERMAS)
12. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
13. Community Action Network (CAN)
14. Malaysia Youth & Students
Democratic Movement (DEMA)
15. Lawyers for Liberty (LFL)
16. Malaysians for Beng Hock
17. Tenaganita
18. Parti Sosialis
Malaysia (PSM)
19. Pemuda
Sosialis PSM
20. Gerakan Menuntut
Pendidikan Percuma(GMPP)
21. Angkatan
Warga Aman Malaysia (WARGAAMAN)
22. Malaysian Indians
Progressive Association (MIPAS)
23. Federation Of
Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
24. Malaysian Indians
Transformation Action Team (MITRA)
25. Tamilar Action
Force (TAF)
26. People's Welfare
And Rights Coalition (POWER)
27. Persatuan Prihatin
Belia Malaysia (PRIHATIN)
28. Angkatan Nasional
India Malaysia (AGNI)
No comments:
Post a Comment