Modus Operandi
EE Besar dan zuriatnya ― EE
Kecil
(Bukannya kisah Pulau Kentut Kecil dan Kentut Besar di Kedah)
Kalaulah
orang-orang Melayu itu sejenis tanaman, ia boleh kita diibaratkan sebagai sejenis
spesies tanaman yang ‘dijaga’ dengan ‘bersungguh-sungguh’ dan ‘penuh kasih
sayang’ kerana ia sejenis tanaman yang bernama Melayu.
Jika Malaysia
itu sebuah ladang yang besar, Melayu adalah tanaman yang dilindungi dan
memperolehi perlindungan yang total. Dan
jangan terkejut tanaman yang bernama Melayu ini akan menjadi rebutan para
peladang. Spesies tanaman yang bernama Melayu
ini menjadi rebutan untuk diberikan perlindungan yang menyeluruh. Katanya tanaman yang bernama Melayu ini mesti
dilindungi supaya tidak pupus.
Orang-orang Melayu
(bukan tanaman tapi ia benar-benar satu
bangsa ‘peribumi’ yang dalam kehidupan sehariannya bertutur dalam bahasa Melayu,
mengamalkan budaya dan cara hidup orang-orang Melayu dan yang beragama Islam. Ia adalah satu bangsa yang dilindungi secara total@menyeluruh
di Malaysia) percaya bahawa perlindungan total ini mestilah diberikan
sekiranya sesiapa saja berhasrat memperolehi mandat dan kuasa untuk menjaga
ladang yang namanya Malaysia. Bagi
orang-orang Melayu, ini adalah prasyarat yang tersangat penting untuk menjaga
Melayu. Bagi orang-orang Melayu, ini satu syarat yang tidak boleh ditolak ansur
sama sekali. Ia wujud dalam perlembagaan
Malaysia.
2.0 Oleh
kerana itu siapa saja yang mahu diberikan mandat untuk menjaga ladang besar yang
namanya Malaysia itu mestilah betul-betul arif dengan syarat dan klausa yang
maha penting ini. Mereka yang ‘cerdik’
dan ‘berpandangan jauh’ di kalangan rakyat Malaysia mestilah mencari jalan
supaya dia cepat-cepat ‘menjadi atau menjadikan dirinya’ diiktiraf sebagai Melayu. Tukar Tiub yang biasanya ‘ sosialis dan
sangat nakal’ itu selalu saja dan berulang kali berkata bahawa ramai sekali EE menggunakan
kaedah ini untuk dilantik menjadi penjaga ladang yang namanya Malaysia. Sebenarnya di samping EE, terdapat juga orang-orang Cina yang
benar-benar mahu menjadi Melayu sehingga memasuki Melayu tulen (termasuk ...) dan muncul di atas pentasnya Melayu.
3.0 Begitulah keadaan ‘psikik semula jadi dan
kekal (?)’ orang-orang yang namanya Melayu itu.
Sebagai satu kelompok bangsa, orang-orang Melayu ini yakin dan percaya
bahawa bangsanya mestilah diberikan hak milik istimewa yang mestilah dimaktubkan
(sejak azali lagi) di dalam perlembagaan negaranya. Ini semua dilakukan supaya bangsa Melayu itu
sebagai satu spesies hidupan ―tidak dapat tidak ― mestilah
dilindungi supaya ia tidak terancam lalu pupus.
4.0 Orang-orang Umno termasuklah segala macam EE
dan zuriatnya itu faham dan arif benar dengan psikik orang-orang Melayu tulen
ini. Di zaman Tunku, EE Besar telah menggunakan
kaedah ini untuk memanjat takhta.
Sekarang ini EE Kecil, zuriatnya EE Besar sedang melaku perkara yang
sama untuk menaiki takhta. Orang-orang Melayu
yang akan memilih siapakah yang akhirnya menjadi penjaga ladang dan tanaman
yang namanya Melayu itu tidak begitu peduli kerana mereka pasti diberikan habuannya. Apakah tuan fikir begitu mudah seseorang itu dilantik
sebagai penjaga? Misalnya menjadi Penjaga
yang diberikan kunci rumah Haji?
5.0 Orang PAS
yang tulen (lebih-lebih lagi para ulamaknya, baik yang muda ― lebih-lebih lagi yang tua-tua umurnya seperti
saya ini) perlulah mengkaji cara dan kaedah untuk memerangi kefahaman yang
sangat tidak Islamik ini. Islam perlu
dimanfatkan untuk membetulkan segala pegangan yang songsang seperti ini. Orang-orang Melayu yang marhaen yang bukan
ahli Umno yang tidak berada dalam ‘the inner circle’nya penjaga ladang juga
perlu hidup dan tidak didera oleh satu pemerintah yang zalim. Orang-orang yang bukan Melayu yang bukan
Islam juga adalah rakyat yang mesti dilindungi oleh Islam. Apakah ini terlalu sukar untuk disandarkan harapan seperti ini? Makanya kita berseru, usah terlalu ghairah
dengan bilangan kerusi yang PAS patut perolehi dan juga kebimbangan dan bahaya
jika PAS tidak akan dominan. Bukankah mendahulukan dan MENTERJEMAHKAN ISLAM itu
DALAM KEHIDUPAN (contohnya TGNA) itu lebih
utama daripada persoalan dominance dan kuasa?
Or is it just wishful (baca: plain stupid@bodoh) thinking from a man who
knows nothing about politics and its power?
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment